Bukan Liga Malaysia namanya jika tiada drama yang berlaku. Itulah yang terjadi apabila penyerang kelahiran Sepanyol, Youssef Ezzejjari menyertai Negeri Sembilan sehari selepas beliau diumumkan sebagai penyerang baharu TRW Kelantan.
Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab dimana Negeri Sembilan mengumumkan Youssef sebagai pemain import baharu dan perkara ini nyata menimbulkan kekeliruan di kalangan peminat bola sepak tanah air.
https://twitter.com/nsfc1923/status/1686394948961341441
Ini kerana pada semalam, Kelantan terlebih dahulu mengumumkan pemain itu menjadi salah seorang pemain import yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim ini bersama empat lagi pemain lain iaitu Dennis Buschening, Alie Sesay, Ahmed Magdy serta seorang penjaga gol dari Iran, Aliakbar Ahmadi.
[caption id="attachment_244067" align="alignnone" width="828"] Sumber Gambar: TRW Kelantan[/caption]
Selepas pengumuman yang dilakukan oleh Negeri Sembilan, Kelantan terus memadam posting mereka mengenai Youssef Ezzejjari di semua laman media sosial rasmi pasukan.
Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan Kelantan, Andik Vermansah turut membatalkan niat untuk menyertai pasukan itu dan lebih memilih untuk kekal di Indonesia meskipun sehingga saat ini masih belum terikat dengan mana-mana pasukan.
https://twitter.com/zulhelmizainal1/status/1686363332251664385
Ejen kepada Youssef meminta maaf kepada peminat Kelantan kerana pemainnya bertukar arah pada saat akhir yang mana tindakan itu menurut beliau sebagai tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.
https://twitter.com/TwtBolaKelate/status/1686448736506150912
Ejen tersebut turut berkongsi surat yang menunjukkan Youssef sudah menandatangani kontrak bersama kelab Pantai Timur itu.