Bukan Liga Malaysia namanya jika tiada drama yang berlaku. Itulah yang terjadi apabila penyerang kelahiran Sepanyol, Youssef Ezzejjari menyertai Negeri Sembilan sehari selepas beliau diumumkan sebagai penyerang baharu TRW Kelantan.
Baca Juga:
- TRW Kelantan Bawa Masuk Lima Pemain Import Baharu
- Negeri Sembilan Mahu Bina Stadium Baharu
- Nasihat Ibu Bapa Dorong Safuwan Sertai Semula Selangor
Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab dimana Negeri Sembilan mengumumkan Youssef sebagai pemain import baharu dan perkara ini nyata menimbulkan kekeliruan di kalangan peminat bola sepak tanah air.
Youssef is a Jang!
Selamat datang kepada pemain kelahiran Sepanyol, Youssef Ezzejjari.
Bertindak sebagai pemain penyerang, pemain berketurunan Maghribi ini pernah beraksi di Liga 1 Indonesia bersama pasukan Bhayangkara dan Liga 1 Thailand bersama Khon Kaen United. pic.twitter.com/mqaez41stn
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) August 1, 2023
Ini kerana pada semalam, Kelantan terlebih dahulu mengumumkan pemain itu menjadi salah seorang pemain import yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim ini bersama empat lagi pemain lain iaitu Dennis Buschening, Alie Sesay, Ahmed Magdy serta seorang penjaga gol dari Iran, Aliakbar Ahmadi.
Selepas pengumuman yang dilakukan oleh Negeri Sembilan, Kelantan terus memadam posting mereka mengenai Youssef Ezzejjari di semua laman media sosial rasmi pasukan.
Seorang lagi pemain yang dikaitkan dengan Kelantan, Andik Vermansah turut membatalkan niat untuk menyertai pasukan itu dan lebih memilih untuk kekal di Indonesia meskipun sehingga saat ini masih belum terikat dengan mana-mana pasukan.
🚨 Deal off. Andik Vermansah difahamkan kekal di Liga Indonesia. https://t.co/yvJglWOFDW
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 1, 2023
Ejen kepada Youssef meminta maaf kepada peminat Kelantan kerana pemainnya bertukar arah pada saat akhir yang mana tindakan itu menurut beliau sebagai tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.
Ejen beliau turut menyatakan perasaan yang agak terkejut dengan tindakan beliau, setelah diumumkan secara rasmi bakal membantu serangan #Trw2023 namun berubah untuk berada di Seremban pula.
Semoga akan ada juga kenyataan rasmi daripada Pihak Kelantan Fc berkenaan isu ini. https://t.co/cKQITju4xB pic.twitter.com/RVcGtmso7F
— 𝔹𝕖𝕣𝕚𝕥𝕒 𝔹𝕠𝕝𝕒 𝕂𝕖𝕝𝕒𝕟𝕥𝕒𝕟 (@TwtBolaKelate) August 1, 2023
Ejen tersebut turut berkongsi surat yang menunjukkan Youssef sudah menandatangani kontrak bersama kelab Pantai Timur itu.