Xavi menyatakan bahawa dia sekarang sukar untuk tidur selepas Barcelona terikat seri 1-1 dengan Sevilla di Ramon Sanchez Pizjuan. Barca sekali lagi keciciran mata dan semakin menjauh daripada slot UCL.

Sevilla  mendahului pada minit ke-32 hasil penyudah sejuk daripada Alejandro Gomez, tetapi Barca berjaya menyamakan kedudukan seminit sebelum rehat menerusi tandukan melompat Ronald Araujo.

Xavi merasakan pasukannya berhak mendapat keputusan yang lebih baik. Kerana pasukannya menguasai perlawanan dan melakukan 15 percubaan hanya dalam 45 pertama.

Rekod percubaan paling banyak dilakukan oleh pasukan dalam La Liga musim ini.

Jules Kunde dilayangkan kad merah pada minit ke-64 kerana membaling bola ke muka Jordi Alba selepas berlaku pertengkaran antara dua pemain di garisan tepi padang.

Bagaimanapun, Barca masih tidak dapat memanfaatkan kelebiah seorang pemain. Akibat ketumpulan di bahagian serangan, Barca kini hanya hanya memenangi satu daripada lapan perlawanan terakhir mereka di tempat lawan dalam La Liga setakat ini.

Xavi tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya. Xavi berkata: “Kami kehilangan dua mata; kami berhak untuk menang, walaupun ketika 11 lawan 11 sekalipun.”

“Sukar untuk saya tidur kerana kami sepatutnya menang. Sevilla dapat menenangkan permainan; mereka adalah pasukan veteran, mereka tahu apa yang mereka lakukan dan mereka melakukan dengan sangat baik dari segi taktikal.”

“Barca hampir dengan apa yang kami mahukan, menjadi protagonis dan berani. Ini adalah cara yang betul untuk bermain bola sepak kami.”

“Saya pernah melihat Barca dengan personaliti. Itulah yang kami mahukan dan pasukan semakin berkembang.”

“Kami bagus dalam tekanan tinggi [high pressing], segera ‘recover’ selepas kehilangan bola dan menyebarkan bola. Kami bersaing dengan sangat baik, walaupun kami seri.”

Masa depan Ousmane Dembele turut menjadi persoalan ketika ini. Dembele beraksi dengan baik dan melakukan 5 percubaan dalam perlawanan ini. Percubaan terakhirnya terkena tiang gol.

Dembele juga melakukan 4 hantaran kunci kepada rakannya. Berjaya mencatatn assist keduanya musim ini.

Xavi gembira dengan sumbanga Dembele dan dia mahu melihat perkara yang sama apabila pasukannya menentang Real Mallorca pada 2 Januari 2022 – selepas cuti Natal.

“Kami mahukan ini daripadanya. Saya berkata perkara yang sama untuk Ez Abde dan Ansu Fati ketika mereka bermain.”

“Kami mahu pemain sayap tulen dalam pasukan; biar mereka buktikan betapa hebatnya mereka.”

“Memang memalukan apabila kami gagal mendapatkan gol yang kami cari, tetapi dia bermain dengan sangat bagus.”