Sebelum ini 2 kali usaha West Ham mahu beli Harry Maguire gagal kerana bidaan mereka dianggap terlalu rendah.

Baca Juga:

Bidaan pertama West Ham untuk beli Harry Maguire dengan tawaran  bernilai £20 juta ditolak. Harry Maguire turut tidak bersetuju dengan tawaran terma peribadi dari segi gaji.

Dan kemudian tawaran kedua mahu membeli Maguire dan McTominay secara kombo dengan harga £60 juta juga ditolak.

Kini tawaran terbaru West Han dilaporkan berada dalam landasan positif. Apabila kedua dua kelab dikatakan mencapai kesepakatan asas pada harga pemain itu iaitu £30 juta.

Kelab itu optimis untuk menyelesaikan perpindahan ini pada minggu ini.

West Ham juga dilaporkan semakin hampir berjaya meyakinkan Harry Maguire untuk bergabung dengan mereka.

Harry Maguire sudah tidak berada dalam perancangan Erik Ten Hag walaupun baru baru ini pengurus itu menyatakan bahawa pengurus asal Belanda itu sedia untuk mengekalkan pemain itu jika tiada tawaran yang bagus.

Jendela perpindahan kali ini benar benar mencabar buat Maguire. Dia dilucutkan jawatan ketua pasukan kerana tidak berjaya meyakinkan Erik Ten Hag bahawa dia akan mampu bermain dalam kesebelasan utama setiap minggu.

Musim lalu, Maguire menjadi kapten pasukan yang menamatkan kemarau piala di Old Trafford ketika Man United menjulang Piala Carabao.

West Ham sudah lama meminati Maguire, terutama sekali David Moyes. Namun sebelum ini harga pemain itu masih terlalu tinggi.

Perkembangan terbaru ini pastinya menggembirakan Gareth Southgate yang masih menganggap Harry Maguire sebagai pemain penting skuad 3 Singa.