Pemain tengah negara, Wan Kuzain Wan Kamal membuat penampilan pertama bersama kelab baharunya, Rio Grande Valley pada aksi pembukaan USL Championship.
Kuzain yang menyarung jersi bernombor 21 terus diletakkan dalam kesebelasan utama dimana pengurus Rio Grande, Wilmer Cabrera meletakkan kepercayaan kepada pemain itu untuk mengendalikan jentera tengah.
Starting XI.#ParaElValle pic.twitter.com/js5tfp2p1H
— Rio Grande Valley FC Toros (@RGVFC) May 2, 2021
Pada aksi menentang New Mexico United, Rio Grande berjaya meraih tiga mata penuh hasil jaringan tunggal Elvis Amoh pada minit ke-65 sekaligus meraih kemenangan pada perlawanan pertama liga.
Perlawanan sulung Kuzain bersama Rio Grande Valley bertahan sehingga minit ke-72 sebelum pemain berusia 22 tahun itu digantikan oleh Josue Soto.
Wan Kuzain menyertai Rio Grande setelah dilepaskan oleh Sporting Kansas City selepas empat musim beraksi bersama pasukan itu.
Abang kepada Wan Kuzri itu sebelum ini pernah menyertai kem latihan pusat skuad B-22 tahun negara pada 2019 lalu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Wan Kuzain di sini:
Wan Kuzain Sertai Rio Grande Valley FC Hadapi Saingan Musim 2021
Wan Kuzain Sah Tinggalkan Sporting Kansas City, Ucap Terima Kasih Kepada Kelab
Wan Kuzain Tidak Akan Beraksi Di Liga Malaysia Musim Hadapan