Pemain Muda negara yang berkarier di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal tidak akan pulang untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut perkongsian Sukanz, bapa Kuzain iaitu Wan Kamal menafikan perkara tersebut dan menegaskan anaknya sedang berusaha mencari kelab lain dalam saingan Major League Soccer (MLS).

“Ejen Kuzain sedang berusaha dengan beberapa kelab MLS (Major League Soccer) untuk mendapatkan tempat buatnya bagi musim 2020-2021. Tunggu sekitar dua minggu (lagi) semuanya akan dimuktamadkan,” kata Wan Kamal.

Wan Kuzain
Wan Kuzain bersama rakan sepasukannya.

Wan Kuzain dikaitkan dengan Liga Malaysia setelah beliau tidak diberikan kontrak lanjutan oleh Sporting Kansas City sekaligus dilepaskan pada awal Disember.

“Kelab membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak Eric Dick, Wan Kuzain, Winston Reid dan Richard Sanchez. Kontrak Matt Besler dengan kelab juga kini sudah tamat,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Sporting Kansas City.

Wan Kuzain
FOTO: FAM

Untuk rekod, Wan Kuzain sebelum ini pernah menyertai sesi latihan skuad B-23 tahun negara di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk persiapan ke temasya Sukan SEA 2019.

Namun beliau tidak tersenarai dalam kalangan 20 pemain terakhir yang dibawa ke Manila, Filipina ekoran masalah dokumentasi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Kerteh Sports City Sdn Bhd Ditubuhkan Untuk Mengurus Kemudahan Serta Prasarana Sukan Di Kerteh

RASMI: JDT Umumkan Ketibaan Danial Amier, TMJ Puji Sikap Berani Sahut Cabaran Berada Di JDT

Kedah Darul Aman Belanja Sakan, Bawa Pulang Bekas Pemain