Pemain Muda negara, Wan Kuzain Wan Kamal mengesahkan bahawa beliau tidak lagi bersama Sporting Kansas City bagi menghadapi saingan Major League Soccer (MLS) musim hadapan.
Perkara ini diumumkan oleh Kuzain menerusi laman media sosial Twitter miliknya dimana pemain berusia 22 tahun itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kelab, pegawai, staf kejurulatihan, rakan sepasukan dan juga penyokong.
— Wan Kuzain (@LeKuz7) December 28, 2020
Wan Kuzain memulakan karier bersama Sporting Kansas City pada 2017 lalu sebagai pemain homegrown dan sejak itu, beliau meraih beberapa kejayaan individu seperti pemain Muda Terbaik dalam saingan USL Championship musim 2018.
Pihak USL sendiri bahkan meletakkan Wan Kuzain dalam top 10 senarai ejen bebas sekaligus meletakkan pemain tersebut sebagai pemain yang perlu ditawarkan kontrak oleh pasukan lain.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Wan Kuzain Wan Kamal di sini:
Wan Kuzain Tidak Akan Beraksi Di Liga Malaysia Musim Hadapan
Wan Kuzain Tersenarai Dalam Top 10 Ejen Bebas Saingan USL Championship
Kontrak Wan Kuzain Dengan Sporting Kansas City Tidak Disambung