Kelab Major League Soccer (MLS), Sporting Kansas City, semalam mengumumkan tidak akan menyambung kontrak Wan Kuzain Wan Kamal yang akan berakhir pada penghujung bulan ini.

Menurut kenyataan rasmi, Sporting mempunyai 20 orang pemain yang masih mempunyai kontrak sehingga tahun depan dan Wan Kuzain adalah antara 5 pemain yang dilepaskan oleh kelab tersebut.

“Kelab buat keputusan untuk tidak menyambung kontrak Eric Dick, Wan Kuzain, Winston Reid dan Richard Sanchez. Kontrak Matt Besler dengan kelab juga kini sudah tamat.

“Sporting kini sedang berbincang dengan Roger Espinoza, Gerso Fernandes, Felipe Gutierrez dan Erik Hurtado mengenai masa depan mereka dengan kelab,” kata kenyataan itu.

Wan Kuzain merupakan salah seorang produk Akademi Sporting Kansas, merupakan pemain ‘Homegrown’ ke 9 dalam sejarah kelab itu. Beliau mengikat kontrak sehingga tahun 2020 dengan pilihan lanjutan bagi tahun 2021 dan 2022. Namun, kelab itu membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya.

Kuzain juga muncul sebagai pemain ‘Homegrown’ pertama yang datang dari akademi tersebut ketika menyertai Swope Park Rangers dan seterusnya diambil untuk beraksi dalam pasukan utama.

Karier Wan Kuzain Sejak 2016

  • Ogos 2016 – Menyertai Sporting KC Academy
  • Ogos 2016 – Tandatangan kontrak akademi bersama Swope Park Rangers
  • Julai 2017 – Tandatangan kontrak profesional USL bersama Swope Park Rangers yang kini dikenali sebagai Sporting Kansas City II.
  • April 2018 –  Tandatangan kontrak MLS Homegrown bersama Sporting Kansas City
MLS: Columbus Crew at Sporting KC
FOTO: Jay Biggerstaff-USA TODAY Sports

Prestasi Wan Kuzain Bersama Sporting Kansas City

Kuzin tampil dalam 61 perlawanan bersama pasukan ‘feeder club’, Sporting KC II dan pernah beraksi dalam 6 perlawanan MLS bersama skuad utama Sporting KC. Secara keseluruhan, beliau mempunyai 307 minit permainan dan menjaringkan 1 gol dalam MLS.

Stats WK

Berdasarkan data prestasi yang dipamerkan pada laman transfermarkt, Wan Kuzain tidak mempunyai minit permainan yang banyak pada musim 2020 kerana saingan Major League Soccer (MLS) sering tangguhkan disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, beliau sempat diturunkan selama 19 minit pada perlawanan USL Championship 2020. Sepanjang bersama Sporting KC dari tahun 2017, Kuzain melakukan 67 penampilan dan mempunyai lebih 5000 minit permainan.

Selain itu, Kuzain juga mempunyai rekod 6 gol bersama pasukan itu dan pencapaian terbaik beliau ialah pada tahun 2018 dengan rekod 4 gol dalam 22 penampilan.

wk

Pemain yang berusia 22 tahun itu pernah dipanggil menyertai kem latihan skuad kebangsaan Amerika Syarikat bawah 17 tahun (B-17) pada tahun 2013 dan skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) pada tahun lepas.

Tidak dapat dipastikan kemanakah hala tuju Wan Kuzain selepas ini dan peminat berharap beliau akan terus berkelana menyertai kelab di luar negara serta dipanggil memperkuatkan pasukan Harimau Malaya satu hari nanti.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Wan Kuzain yang pernah dilaporkan oleh Vocket FC sebelum ini. 

Bapa Wan Kuzain Dedahkan Perkara Sebenar Mengenai Cerita Anaknya Mahu Mewakili Malaysia

Wan Kuzain Terkilan Tidak Dapat Beraksi Di Temasya Sukan SEA 2019

Masalah Pasport Mungkin Halang Wan Kuzain Beraksi Dalam Sukan SEA 2019