Legenda Brazil dan Barcelona, Dani Alves telah ditangkap dan disumbat ke dalam penjara selepas polis menerima laporan tentang kesalahan serangan seksual dilakukan pemain itu.
Baca Juga:
- Brazil Mahu Lantik Zidane Jadi Pengganti Tite
- Keane: “Saya Tak Terkejut Brazil Kalah, Mereka Habiskan Tenaga Untuk Menari”
- Brazil vs Croatia: Selecao Tersingkir Tewas Penentuan Penalti
Dani Alves yang berada di Barcelona, telah ditahan di bandar tersebut. Alves dituduh mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah kelab malam.
Pada Disember 2022, Dani Alves menjadi pemain paling tua bermain untuk pasukan Brazil di dalam Piala Dunia ketika menentang Cameroon di Qatar 2022.
Alves antara pemain bola sepak paling berjaya dalam sejarah dengan 43 trofi major di dalam kabinet rumahnya.
Dan kini legenda itu berdepan dengan pertuduhan serius ke atasnya.
Menurut laporan oleh Cesena Ser di Sepanyol, Dani Alves ditahan pada Jumaat lalu selepas polis menerima laporan daripada wanita yang mendakwa Alves menyentuh kemaluannya ketika di kelab malam tanpa persetujuannya.
Alves juga dituduh telah memaksanya untuk pergi ke tandas di kelab malam itu untuk melakukan perkara tidak senonoh.
🚨| JUST IN: Dani Alves has been sentenced to prison without bail by the judge. In 15-20 minutes, he'll be transferred to jail.
[victor_nahe]
The woman claims Dani Alves wouldn't let her out of the bathroom, pulled up her dress, asked her to say she was Dani's 'little b*tch', pic.twitter.com/46XLxv59y1
— Robertquotation (@robertquotation) January 21, 2023
Dani Alves pantas menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya.
Sehari selepas laporan Cedena Ser itu, mahkamah terus mengarahkan perintah untuk menahan Alves.
Mahkamah di Barcelona menerusi kenyataan rasminya tidak menyebut secara spesifik nama Dani Alves. Namun berdasarkan laporan Cedena Ser, maka media membuat kesimpulan itu adalah Dani Alves.
Mahkamah menulis: “Seorang lelaki ditahan atas jenayah serangan seksual yang membuatkan aduan dibuat oleh seorang wanita. Kejadian berlaku di sebuah kelab malam pada sebuah acara di Barcelona.”
Kelabnya, Pumas terus menamatkan kontrak pemain itu serta merta sebagai sokongan kepada mangsa yang mendakwa dicabul oleh Alves.
Official: Mexican club Pumas have terminated Dani Alves' contract with immediate effect. pic.twitter.com/jKgBgZ5vUF
— Barça Universal (@BarcaUniversal) January 20, 2023
Polis kemudian menegaskan bahawa Dani Alves harus ditahan dengan pihak polis masih berterusan mencari bukti tambahan untuk menyokong dakwaan itu.
Wakil dan penasihat guaman kepada Dani Alves mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa Alves mencabuli kehormatan wanita lain.
Dani Alves turut berkata: “Saya berada di kelab malam yang penuh dengan pengunjung tanpa menceroboh ruang privasi mana mana pihak.”
“Saya sendiri tidak kenal dengan perempuan itu.. dan bagaimana saya boleh tergamak melakukan perkara seeprti itu atas seorang wanita yang saya sentiasa hormati mereka,” kata Alves.
Brazilian football player Dani Alves is under investigation for an alleged sexual assault that took place in Barcelona last month, the Catalonia Higher Court of Justice confirmed. https://t.co/Bl6PFrPjiE
— CNN International (@cnni) January 11, 2023
Hari ini, ketika artikel ini ditulis, Dani Alves telah ditangkap dan disumbat ke dalam penjara oleh polis beberapa jam lalu.
Difahamkan Alves ditahan tanpa diberikan hak untuk ikat jamin. Kerana mahkamah risau kalau pemain itu melarikan diri dari negara itu serta merta.
🚨 BREAKING:
Dani Alves has been sent to prison without any option of bail. pic.twitter.com/sF28OX1VNy
— Barstool Football (@StoolFootball) January 20, 2023