Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) berharap ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Park Hang-seo sudi untuk memotong sebahagian kecil gajinya jika aksi antarabangsa terus ditangguhkan kerana penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Menurut VFF, mereka buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk memotong gaji Hang-seo. Akan tetapi, jika saingan bola sepak terus digantung, maka mereka mahu budi bicara pengendali dari Korea Selatan itu berkenaan gaji yang diterima.

VFF
Park Hang-seo

“Ketika ini, kami tidak mempunyai perancangan untuk memotong gaji Hang-seo. Akan tetapi, jika perlawanan bola sepak terus ditangguhkan, kami akan mempertimbangkan perkara ini.

“Kami harap Hang-seo sudi sekiranya kami mengambil keputusan tersebut,” kata VFF.

VFF
Park Hang-seo

Kaedah pemotongan gaji telah dilaksanakan oleh beberapa pasukan terkemuka dunia dan juga pasukan di rantau Asia bagi memastikan pasukan tetap stabil ketika tiada sebarang aksi bola sepak dilangsungkan.

Di Malaysia, Johor Darul Ta’zim dan UKM FC menjadi antara pasukan yang memotong gaji pemain selain dua badan iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang akan memotong gaji kakitangan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadualkan berakhir pada 14 April ini dilanjutkan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Kakitangan FAM Sepakat Terima Pemotongan Gaji

Heerenveen Mahu Buang Lima Pemain Dengan Gaji Tertinggi, Doan Van Hau Jadi Salah Satu Calon

Pemain UKM FC Setuju Dengan Pemotongan Gaji Hingga 20 Peratus