Kelab Eredivisie, SC Heerenveen bakal melepaskan lima pemain yang menjadi penerima gaji tertinggi apabila saingan musim 2019/2020 melabuhkan tirainya.

Baru-baru ini, Heerenveen mengumumkan mereka tidak menyambung kontrak dua pemain yang menerima gaji tertinggi iaitu Daniel Hoegh serta Ricardo Van
Rhijn dan masih melakukan penilaian terhadap pemain pinjaman seperti Martin Ødegaard dan Doan Van Hau.

Heerenveen
Sumber Gambar: VietnamNet

Perkara ini sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau dimana beliau dilaporkan menjadi antara penerima gaji tertinggi di Heerenveen.

Pemain berusia 22 tahun itu menerima gaji sekitar €4,523 seminggu yang bersamaan RM21,000 per minggu atau sekitar RM84,000 sebulan.

Heerenveen
Sumber Gambar: grootheerenveen

Gaji yang diterima oleh Van Hau itu merupakan gaji pemain ke-4 paling tinggi dibayar oleh Heerenveen selepas;

1. Ricardo Van Rhijn (Pertahanan): €300,000 setahun.

2. Daniel Hoegh (Pertahanan): €296,000 setahun.

3. Nemanja Mihajlovic (Penyerang): €260,000 setahun.

Sejak menyertai Heerenveen secara pinjaman pada musim tahun lalu, Van Hau hanya beraksi selama empat minit bersama pasukan utama.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu banyak beraksi bersama skuad B-22 tahun Heerenveen dan ramai pihak berpendapat pihak kelab tidak akan melanjutkan tempoh pinjaman Van Hau.

Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau di sini:

CEO Heerenveen Nafi Tandatangani Doan Van Hau Hanya Untuk Tujuan “Marketing”

Media Belanda Yakin Doan Van Hau Tidak Kekal Lama Di Eredivisie

Bekas Penyerang Vietnam Berpendapat Eredivisie Terlalu Berat Untuk Doan Van Hau