Media Belanda yakin bahawa pemain pertahanan skuad kebangsaan Vietnam, Doan Van Hau tidak akan kekal lama beraksi bersama Heerenveen dalam saingan Eredivisie.
Sejak menyertai Heerenveen secara pinjaman daripada Hanoi FC tahun lalu, Van Hau hanya beraksi selama empat minit bersama pasukan utama, lebih tepatnya dalam saingan KNVB Cup.
Pemain berusia 21 tahun itu sering tampil bersama skuad B-22 tahun Heerenveen dan media menjangkakan Van Hau akan kembali ke Vietnam setelah tempoh pinjaman beliau tamat.
“Hingga saat ini, minit bermain yang dimiliki oleh Van Hau bersama pasukan utama boleh dikira dengan jari. Dia hanya beraksi selama empat minit itupun dalam saingan KNVB Cup,” kata media terbabit.
š FT: 1-3 #heeaja pic.twitter.com/WQBWX2Lo4k
— sc Heerenveen (@scHeerenveen) March 7, 2020
Hanoi FC mempunyai hak untuk menamatkan perjanjian pinjaman tersebut dan membawa Van Hau pulang ke Vietnam. Ketika ini, saingan liga kedua negara dihentikan untuk sementara waktu kerana penularan wabak Coronavirus (COVID-19).
Pada aksi bersama skuad B-22 tahun Heerenveen menentang Willem II sebelum liga dihentikan, Van Hau terpaksa dikeluarkan pada awal permainan kerana mengalami kecederaan.
Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau di sini:
Bekas Penyerang Vietnam Berpendapat Eredivisie Terlalu Berat Untuk Doan Van Hau
Doan Van Hau Bergelut Dapatkan Minit Bermain Bersama SC Heerenveen
Eredivisie: SC Heerenveen Terus Bergelut, Doan Van Hau Sukar Tembusi Kesebelasan Utama