Ketua Pegawai Eksekutif kelab Eredivisie, SC Heerenveen iaitu Cees Roozemond menafikan dakwaan pihaknya menandatangani pemain pertahanan skuad kebangsaan Vietnam, Doan Van Hau untuk tujuan marketing.

Tuduhan tersebut timbul setelah Van Hau bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama skuad senior Heerenveen sejak menyertai pasukan itu.

CEO
Sumber Gambar: Thoi Dai

Menurut Roozemond, beliau mendapatkan khidmat Van Hau kerana kualiti yang dimiliki oleh pemain berusia 22 tahun itu, bukan untuk tujuan komersil.

“Saya mempunyai sebab kukuh ketika mendapatkan khidmat Van Hau. Dia datang ke sini kerana kualiti yang dimiliki serta mempunyai kriteria untuk menjadi long term plan buat pasukan. Sebab itulah kami menandatangani beliau.

“Kami memilih pemain berdasarkan kualiti yang dimiliki. Perkara ini mudah sahaja. Van Hau telah menunjukkan kerja kerasnya dan dia masih lagi mempunyai peluang.

“Dia mempunyai masalah bahasa sebelum ini namun telah menunjukkan kesungguhan untuk memperbaikinya dengan belajar bahasa Inggeris. Pada akhirnya, terpulang kepada Johnny Jansen sama ada mahu menurunkan beliau atau sebaliknya,” katanya.

CEO
Penampilan pertama Van Hau ketika menentang Roda JC.

Van Hau setakat ini banyak beraksi bersama skuad B-22 tahun kelab itu dan hanya beraksi selama empat minit bersama pasukan utama, lebih tepatnya dalam saingan KNVB Cup.

Ramai pihak di Belanda berpendapat pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu akan kembali ke Vietnam setelah tempoh pinjaman tamat.

Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau di sini:

Media Belanda Yakin Doan Van Hau Tidak Kekal Lama Di Eredivisie

Bekas Penyerang Vietnam Berpendapat Eredivisie Terlalu Berat Untuk Doan Van Hau

Eredivisie: SC Heerenveen Terus Bergelut, Doan Van Hau Sukar Tembusi Kesebelasan Utama