Penyerang Real Madrid, Karim Benzema berdepan dengan pertuduhan melakukan pemerasan ke atas rakannya, Mathieu Valbuena.
Benzema didakwa cuba mengambil kesempatan ke atas rakan baiknya ketika itu, Valbuena. Ianya skandal paling memalukan pada 2015. Yang membuatkan Karim Benzema dan Valbuena dibuang dari pasukan kebangsaan Perancis oleh Didier Deschamps.
Benzema ketika itu telah berjanji kepada Valbuena untuk membantu rakannya itu. Ianya dengan menyekat penyebaran video tersebut. Namun Benzema dilaporkan meminta sejumlah wang, jika Valbuena mahu video itu dihapuskan.
Valbuena bengang menuduh Benzema cuba mengambil kesempatan ke atasnya dan kemungkinan menjadi sebahagian daripada dalang penyebaran video itu.
Tindakan Benzema meminta wang dari Valbuena dianggap salah di sisi undang undang dan bersifat pemerasan. Benzema kemudian ditahan di dalam lokap untuk satu malam.
Karim Benzema will face trial for his alleged involvement in blackmailing former France team-mate Matthieu Valbuena in a sex tape scandal.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) January 7, 2021
Ramai yang percaya, Deschamps masih sakit hati dengan perkara itu sehingga ke hari ini. Yang membuatkan nama Benzema tak dipanggil dalam temasya besar walaupun beliau cemerlang bersama Real Madrid.
Sekarang, kes tersebut kembali diperkatakan setelah mahkamah di Versailles merancang untuk memanggil Karim Benzema. Pemain berusia 33 tahun itu akan disoal siasat dalam perbicaraan yang akan ditetapkan kelak.
Ramai menganggap kes ini sudah selesai. Namun ternyata Valbuena masih mahu memperjuangkan kes ini di mahkamah.
Peguam Karim Benzema, Sylvain Cormier memberikan komen beliau tentang perkara tersebut.
“Keputusan untuk mengadili Benzema tidak masuk akal dan contoh kekejaman yang menindas. Tidak ada alasan untuk menyalahkan Benzema dalam kes ini.”
Sementara itu, peguam Mathieu Valbuena, Paul-Albert Iweins, menyatakan sebaliknya. Saman yang diajukan oleh Karim Benzema sebelum ini, menurut Iweins, adalah bukti yang semakin jelas menunjukkan penglibatan Benzema.
Karim Benzema pernah mempertahankan dirinya daripada tuduhan tersebut. Benzema menyatakan kekecewannya kepada Mathieu Valbuena, yang menurut Benzema tidak pernah mendedahkan fakta dan sebaliknya cuba mencemarkan nama baiknya.
What is the Valbuena case? And what is Benzema accused of? 🧐
Details: https://t.co/3tw7Uu3zJR pic.twitter.com/HjbLvJZfal
— MARCA in English 🇺🇸 (@MARCAinENGLISH) January 7, 2021
“Selama lebih dari 1.5 tahun saya digelar musuh terbesarnya dan mesti dihukum.”
“Nama saya dan keluarga saya juga terpalit lumpur. Dia harus berhenti menuduh dan saya tidak faham mengapa dia terus membicarakan penglibatan saya dalam video tersebut,” kata Karim Benzema pada pertengahan 2017.
Benzema kemudian menyindir Valbuena, tak mungkin beliau mahukan wang daripada kawannya itu, sedangkan dia memiliki karier yang bergaji tinggi.
“Menuduh saya sebagai musuh dan ingin mengambil wang darinya. Dia harus benar-benar berhenti mengarut. Dia harus mengatakan yang sebenarnya dan tidak perlu perkara ini terjadi lagi,” tegas Benzema lagi.
Baca juga perkembangan lain
Man United Catat Rekod Ngeri, Kecundang Di Semifinal Buat Kali Keempat Berturut Turut
Ole: Pasukan Ini Lebih Hampir Ke Final Berbanding Tahun Lalu
Serie A: Chiesa Dan Dybala Hancurkan Rekod Tanpa Kalah AC Milan