Juara Liga Perancis, Paris Saint Germain (PSG) mengumumkan mereka akan ke Jepun pada bulan Julai untuk menghadapi 3 perlawanan pra musim di sana. Ini adalah lawatan pertama kelab itu sejak dilanda wabak pandemik pada tahun 2019.

Salah satu kelab Jepun yang bakal menjadi lawan PSG ialah Urawa Red Diamonds dan perlawanan ini akan berlangsung pada 23 Julai di Stadium Saitama. Selain Urawa, PSG turut akan menentang Kawasaki Frontale dan Gamba Osaka.

Urawa melihat perlawanan ini sebagai persiapan bagi menghadapi pusingan kalah mati AFC Champions League menentang wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 18 Ogos.

Mereka berpeluang menguji beberapa pemain muda dan pelbagai kombinasi taktikal menentang pasukan eropah tersebut. Ia juga peluang untuk barisan jurulatih JDT menyaksikan perlawanan ini bagi meneliti kekuatan serta kelemahan pasukan lawan.

PSG dijangka akan membawa beberapa bintang terkemuka dunia dalam jelajah pra musim di Jepun seperti Kylian Mbappe, Lionel Messi, Neymar, Angel Di Maria dan lain-lain.

FOTO : PSG

“Saya tidak sabar untuk melawat dan ia adalah sebuah negara yang indah. Pasukan akan menyukainya dan ia akan menjadi peluang untuk kami bertemu ramai peminat Jepun yang suka bola sepak dan sangat berpengetahuan mengenainya.” kata Mbappe dalam kenyataan rasmi.

Sementara itu, Messi menjadikan aksi pra musim di Jepun sebagai medan untuk meningkatkan prestasi bagi menghadapi musim baharu Liga 1 Perancis yang lebih mencabar.

“Saya telah beberapa kali melawat Jepun dan tidak berapa ingat bila kali terakhir saya ke sana. Tetapi setiap kali saya pergi ia adalah pengalaman yang luar biasa. Ia akan menjadi peluang untuk berkawan dengan peminat tempatan. Kami tidak sabar untuk sampai ke sana, ia akan memberi kami peluang untuk bersiap sedia untuk musim depan,” jelas Messi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Bangladesh Jadikan Indonesia Medan Ujian Sebelum Bertemu Harimau Malaya

Thomas Dooley Kembali Semula Sebagai Ketua Jurulatih Filipina

Piala AFF Kini Dikenali Sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric