Federasi Bola Sepak ASEAN (AFF) hari ini mengumumkan lembaran baharu untuk kejohanan Piala AFF dengan syarikat pembuatan peralatan elektronik dan elektrik terkemuka global dari Jepun, Mitsubishi Electric dinamakan sebagai penaja utama kejohanan tersebut.
Saingan Piala AFF 2022 akan berlangsung pada bulan Disember ini, edisi yang ke 14 itu akan dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.
Menggunakan slogan, “Together, we can build better” (Bersama-sama kita membina dengan lebih baik), tajaan Piala AFF Mitsubishi Electric adalah lanjutan daripada aspirasi Mitsubishi Electric untuk mengeratkan hubungan antara pemain, peminat dan semua pihak berkepentingan mereka bagi memupuk semangat perpaduan.
Di samping itu, sebagai pengeluar peralatan elektrik yang pelbagai, Mitsubishi Electric Group menyasarkan untuk mengembangkan perniagaannya dalam rantau Asia Tenggara yang berkembang pesat, serta menyumbang kepada pembangunan selanjutnya di rantau ini dengan menyediakan pelbagai produk, perkhidmatan dan teknologinya.
A new era for ASEAN football is here! We are delighted to welcome Mitsubishi Electric as the title sponsor of the AFF Championship. Scheduled to kick off this Dec, the 14th edition of the tournament will now be known as the AFF Mitsubishi Electric Cup 2022! @affmecup pic.twitter.com/j1wMCC1SVy
— SPORTFIVE (@sportfiveagency) May 23, 2022
Sebagai Penaja Utama, Mitsubishi Electric akan mempunyai hak untuk menamakan acara dan menggunakan tanda acara kejohanan dan status rasmi di seluruh platform pemasaran dan cagarannya.
Mitsubishi Electric juga akan mendapat manfaat daripada pendedahan jenama yang ketara di seluruh rantau – melalui dipaparkan pada cagaran rasmi kejohanan, saluran digital acara, iklan TV dalam stadium, papan pengiklanan perimeter dan penempatan produk di setiap stadium tempat perlawanan diadakan.
Selain itu, Mitsubishi Electric juga berhak untuk menjadi rakan kongsi penyampai Anugerah Pemain Paling Bernilai kejohanan serta menjalankan pelbagai pengaktifan digital dan di tapak seperti Program Pengiring Pemain dan Jelajah Trofi.
Lebih menarik, format lama yang mempunyai perlawanan timbal balik (Home & Away) seperti edisi tahun lalu dijangka akan kembali semula pada tahun ini. Ia bermakna perlawanan separuh akhir hingga final akan berlangsung di gelanggang sendiri.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Bangladesh Jadikan Indonesia Medan Ujian Sebelum Bertemu Harimau Malaya
Tragedi Sukan SEA: Pemain Kemboja Hampir Maut Tertelan Lidah
ACL 2022: Chanathip Terkilan Kawasaki Frontale Gagal Lepasi Peringkat Kumpulan