Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengesahkan Majlis Undian Kejohanan AFC bawah 16 tahun (B-16) dan bawah 19 tahun (B-19) akan diadakan di AFC House, Kuala Lumpur pada 18 Jun ini.
Undian AFC B-16 akan bermula pada pukul 2.30 petang kemudian diikuti dengan acara undian AFC B-19 pada pukul 4.30 petang. Bahrain dan Uzbekistan dipilih sebagai tuan rumah bagi kedua-dua kejohanan tersebut.
Mengikut jadual, kejohanan AFC B-16 akan diadakan pada 16 September hingga 3 Oktober manakala kejohanan AFC B-19 berlangsung pada 14 sampai 31 Oktober. Namun, jika situasi semasa wabak pandemik COVID-19 semakin teruk, kejohanan itu mungkin ditangguhkan pada tahun depan.
“Kami mengesahkan bahawa undian rasmi AFC B-16 dan AFC B-19 akan diadakan pada hari khamis, 18 Jun 2020. 16 negara anggota akan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut di Bahrain dan Uzbekistan,” kata satu kenyataan daripada AFC.
Namun, acara tersebut akan berlangsung secara tertutup tanpa kehadiran media bagi membendung penularan wabak COVID-19. AFC akan menyiarkan siaran langsung majlis undian tersebut melalui saluran YouTube dan facebook rasmi.
Skuad Malaysia B-19 yang muncul sebagai juara kumpulan G kelayakan AFC B-19 pada bulan November tahun lepas diletakkan dalam balang tiga bersama Vietnam, Iraq dan Kemboja.
#News | AFC U19 CHAMPIONSHIP 2020 – SEEDING POTS
5 Asean's teams will join the tournament include :
Cambodia🇰🇭
Indonesia🇮🇩
Laos🇱🇦
Malaysia🇲🇾
Vietnam 🇻🇳
The draw 2020 AFC U19 Championship will take place on 18 June in Kuala Lumpur (Malaysia).#AFC #aseanfootball pic.twitter.com/TKCZ6NQOqD— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) May 11, 2020
Selain Malaysia, 4 pasukan dari Asia Tenggara yang mengesahkan tempat ke kejohanan itu ialah Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.
Kegagalan Thailand mara ke pusingan akhir tahun hadapan merupakan kali pertama berlaku dalam tempoh 29 tahun. Kali terakhir Thailand gagal ke pusingan akhir adalah pada edisi 1990.
Ini juga merupakan penampilan yang ke 24 Malaysia dalam kejohanan AFC B-19 dan mempunyai rekod sebagai naib juara pada tahun 1959, 1960 dan 1968
Baca artikel menarik mengenai perkembangan pasukan muda Malaysia dalam kempen AFF B-18 dan Kelayakan AFC B-19 tahun lepas.
Kelayakan AFC B-19: Aiman Afif Bantu Malaysia Catat Kemenangan Besar Ke Atas Kepulauan Mariana Utara
Jaringan Jarak Jauh Luqman Hakim Tarik Perhatian Selebriti Popular Tempatan