Skuad bawah 19 tahun negara (B-19) meraih kemenangan ketiga dalam kempen Kelayakan AFC B-19 di Stadium Olimpik Phnom Penh sebentar tadi selepas berkenduri gol menewaskan Kepulauan Marina Utara 10-0.
Ini adalah jaringan kedua yang terbesar selepas mereka membelasah Brunei 11-0 kelmarin sekaligus menjadikan rekod jaringan skuad kendalian Brad Maloney itu kepada 26 gol. Bagaimanapun, Malaysia perlu menewaskan Thailand pada hari Ahad ini untuk mengesahkan tempat di pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 pada tahun depan.
Dalam perlawanan itu, Aiman Afif terlebih dahulu membuka akaun jaringan pada minit ke 7. Malah, beliau turut menambah tiga lagi gol pada separuh masa kedua menjadikan rekod jaringannya setakat ini kepada 7 gol dalam saingan Kelayakan AFC B-19.
Aiman Afif menjaringkan gol pertama Malaysia ke atas Kepulauan Marina Utara sebentar tadi.
Ini merupakan jaringan keempat beliau dalam saingan Kelayakan AFC B-19 2020. #AFCU19Q #VocketFC pic.twitter.com/xQrRHKHJGP
— VOCKET FC (@vocketfc) November 8, 2019
Aiman Afif sekali lgi menambah satu lagi gol menjadikan rekod jaringannya dalam saingan Kelayakan AFC B-19 kepada 5 gol. #AFCU19Q #VocketFC pic.twitter.com/DoVJEGyNqe
— VOCKET FC (@vocketfc) November 8, 2019
Pada minit ke 9, Malaysia terus menambah gol kedua menerusi percubaan lambung oleh Hazim Abu Zaid yang berjaya menerjah gawang gol lawan. Selepas itu, anak buah Brad Maloney terpaksa menunggu minit ke-20 untuk menambah jaringan ketiga menerusi rembatan Muhammad Aidil Azuan.
Jaringan kedua daripada Hazim Abu Zaid. #AFCU19Q #VocketFC pic.twitter.com/ONkUB0fFu6
— VOCKET FC (@vocketfc) November 8, 2019
Satu minit sebelum tamat separuh masa pertama, Fahmi Daniel mengambil kesempatan untuk menambah gol keempat dengan menanduk masuk bola sepakan penjuru Firdaus Kaironissam.
Memasuki separuh masa kedua, Malaysia tanpa membuang masa terus mengandakan asakan dan berjaya memperolehi jaringan yang kelima menerusi Aiman Afif. Fahmi Daniel sekali lagi muncul sebagai penjaring selepas manfaatkan situasi kelam kabut yang berlaku pada benteng pertahanan lawan.
Fahmi Daniel manfaatkan situasi kelam kabut untuk menjaringkan gol keenam negara. #AFCU19Q #VocketFC pic.twitter.com/jLDf8qUg0s
— VOCKET FC (@vocketfc) November 8, 2019
Skuad negara kemudian memperolehi sepakan penalti selepas penjaga gol lawan didakwa mengasari Aiman Afif. Firdaus Ramli memastikan Malaysia terus selesa di depan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 64.
Hanya selepas dua minit jaringan ketujuh terhasil, Muhammad Azrul Haikal Ramlee meledakkan rembatan padu dari luar kawasan penalti untuk menjadikan kedudukan kepada 8-0. Aiman Afif kemudiannya menambah dua lagi gol di minit akhir perlawanan.
Jaringan ketujuh Aiman Afif dalam saingan Kelayakan AFC B-19 2020. Prestasi "ubi Kedah" cukup cemerlang pada hari ini.
Keputusan penuh: Malaysia 10-0 Northern Mariana Island #AFCU19Q #VocketFC pic.twitter.com/mZWZ1fzBUg
— VOCKET FC (@vocketfc) November 8, 2019
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad negara dalam kempen Kelayakan AFC B-19 di Kemboja.
Kelayakan AFC B-19: Anak Buah Brad Maloney Berpesta Gol Belasah Brunei
Jaringan Jarak Jauh Luqman Hakim Tarik Perhatian Selebriti Popular Tempatan