Skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19) raih kemenangan kedua dalam perlawanan kedua kempen Kelayakan AFC B-19 2020 apabila berpesta gol membelasah Brunei dengan jaringan 11-0 di Phnom Penh semalam.
Jaringan yang besar itu turut menghidupkan peluang untuk anak buah Brad Maloney mendapatkan tiket automatik beraksi di pusingan akhir kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan pada tahun depan.
Dalam perlawanan itu, skuad negara beraksi tanpa khidmat dua tonggak utama iaitu Ahmad Zikri Khalili dan Mukhairi Ajmal yang dilayangkan kad merah pada aksi pertama menentang Kemboja sebelum ini.
Pada separuh masa pertama, skuad negara mendahului 7-0. Pesta gol skuad negara bermula dengan rembatan kencang Azrin Afiq dari luar kotak penalti pada minit ke 17.
Gol pertama Malaysia U19.
Malaysia 1-0 Brunei#AFCU19Q #VocketFC pic.twitter.com/rsofiCFS4s— VOCKET FC (@vocketfc) November 6, 2019
Bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin turut membuktikan kemampuannya sebagai penyerang prolifik apabila menjaringkan 4 gol pada minit ke 21, 22, 24 dan 41.
Gol ke-4 Malaysia & hatrik oleh Luqman Hakim.
Malaysia 4-0 Brunei #VocketFC pic.twitter.com/HEFX49tVVh
— VOCKET FC (@vocketfc) November 6, 2019
Turut menjaringkan gol pada separuh masa pertama ialah Azam Azmi Murad dan Aiman Afif pada minit ke 31 dan 39.
Gol ke-6 Malaysia U19.
Malaysia 6-0 Brunei #VocketFC pic.twitter.com/dEEuRYg3hv
— VOCKET FC (@vocketfc) November 6, 2019
Memasuki separuh masa kedua, Malaysia terus bernafsu menambah empat lagi gol menerusi Azam Azmi (minit ke 60), Harith Haiqal (minit ke 59) dan Aiman Afif (minit ke 85, 90).
MALAM PESTA GOL!! Aiman Afif menjaringkan gol yang ke kesepuluh untuk negara!
Malaysia 10-0 Brunei#AFCU19Q #VocketFC pic.twitter.com/7cYB8rnDGi
— VOCKET FC (@vocketfc) November 6, 2019
Aiman Afif terus bernafsu menambah satu lagi gol di minit akhir perlawanan tanpa belas kasihan.
Keputusan Penuh
Malaysia 11-0 Brunei#AFCU19Q #VocketFC pic.twitter.com/1iDKoJMrRE— VOCKET FC (@vocketfc) November 6, 2019
Selepas ini, skuad muda negara akan bertemu Kepulauan Utara Mariana Jumaat ini dan Thailand pada 10 November 2019.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad negara dalam kempen Kelayakan AFC B-19 di Kemboja.
Kelayakan AFC B-19: Firdaus Kaironissam Kembali Perkuatkan Malaysia Malam Ini
Jaringan Jarak Jauh Luqman Hakim Tarik Perhatian Selebriti Popular Tempatan