Pengendali Villarreal, Unai Emery tanpa berselindung mengakui sesuatu yang sukar buat skuad kendaliannya untuk berhadapan dengan Manchester United pada perlawanan akhir Liga Europa 2020/21, hujung bulan ini.
Kelab saingan La Liga itu bakal mengecapi nikmat buat pertama kali beraksi di pentas akhir saingan tersebut selepas berjaya menundukkan pasukan lama Emery, Arsenal hasil kemenangan agregit 2-1.
Sudah pastinya malam yang cukup bermakna buat Emery dimana beliau dipecat daripada tugasan pengurus Arsenal pada 29 November 2019.
Manakala, Manchester United pula melangkah ke final susulan kemenangan 8-5 apabila mereka mencatatkan kemenangan 6-2 di Old Trafford dan tewas 2-3 awal pagi tadi di Rome.
Sehubungan dengan itu, Emery melihat tugas getir bakal dihadapi barisan pemainnya pada perlawanan yang akan berlangsung di PGE Arena, Poland itu.
“Kami sangat berbangga kerana Arsenal merupakan sebuah pasukan yang sangat bagus dan kami bekerja dengan begitu keras pada malam ini.”
“[Keadaan] sama seperti pada perlawanan pertama [di Sepanyol] dan kami berjaya untuk meloloskan diri ke perlawanan akhir,” ujar Emery menurut laporan Goal.
“Kami menghadapi kejohanan ini dengan sangat serius, para pemain saya bermain dengan konsisten dalam membantu antara satu sama lain. Kami bekerja keras malam [pagi] ini dan bertahan dengan baik.”
“Saya menyedari bahawa amat sukar untuk menghadapi [Manchester] United, namun pada hari ini kami ingin menikmati saat gembira ini.”
“Kami mampu untuk bertemu dengan mereka dan kami akan menunjukkan aksi terbaik kepada para penyokong kami,” ujar Unai Emery lagi.
Baca artikel tentang bola sepak luar negara di bawah:
UEL: Tiada Final ‘All English’, Arsenal Ditendang Keluar Oleh Villarreal
Mason Mount Sindir Kroos Selepas Komen Pemain Itu Tentang Chelsea