Impian untuk melihat satu lagi final semua pasukan Inggeris dalam UEL dan UCL musim ini – mengulangi pencapaian 2 musim lalu – tidak kesampaian apabila Arsenal tersingkir di tangan Villarreal.
Arsenal hanya mampu seri tanpa jaringan pada perlawanan kedua di Emirates selepas kalah 2-1 di Sepanyol minggu lalu.
Sekaligus menyaksikan impian Arsenal untuk beraksi di UCL musim hadapan berkecai. Kerana ianya satu satunya talian hayat terbaik mereka untuk menyusup masuk ke UCL musim hadapan dengan status juara UEL.
Selain itu, impian mereka untuk ke UEL juga semakin sukar. Dengan kedudukan semasa mereka dalam liga yang terus tersekat di tangga ke-9 dan ke-10 sejak beberapa bulan ini.
Chelsea akan menentang Manchester City dalam final UCL. Manakala Man United akan berhadapan dengan Villarreal.
0 – In 2020-21, Arsenal have failed to reach the final of a major European/domestic cup competition for the first time since 2015-16 (reaching the 2016-17 FA Cup, 2017-18 League Cup, 2018-19 Europa League & 2019-20 FA Cup finals since). Fallen. #ARSVIL pic.twitter.com/MHa4sH0RlF
— OptaJoe (@OptaJoe) May 6, 2021
Arsenal gagal mencari hanya 1 gol sahaja yang memisahkan mereka daripada final. Kerana kemenangan 1-0 sudah cukup buat mereka.
Secara keseluruhannya, sememangnya Arsenal tidak berhak ke final. Kerana prestasi tidak menentu mereka dalam dua aksi separuh akhir.
Arsenal bermain baik hanya pada separuh masa kedua di Estadio de La Ceramica.
Kemudian, dalam aksi di Emirates, Arsenal seperti biasa, dominan dengan bola namun ancaman mereka kurang tajam. Malah pasukan pelawat lebih banyak percubaan tepat.
Seterusnya dari segi permainan, Arsenal terlalu kerap melakukan hantaran neutral yang tidak mengancam seperti hantaran ke belakang dan ke sisi.
Eksperimentasi bermain dengan false 9 pada perlawanan pertama juga telah memakan diri.
Tetapi tidak ada magis juga dijelmakan dalam aksi kedua dengan pure no.9 – Aubameyang di hadapan gol. Aubameyang menghadirkan ancaman paling hampir dengan gol pada minit ke-78 dengan tandukan terkena tiang.
Ketiadaan Lacazette ternyata menyukarkan Arsenal. Kerana beliau pemain penyerang paling menonjol untuk Arsenal musim ini. Dan kerap menujukkan aksi individu luar biasa mengeluarkan pasukannya daripada kesulitan.
Lacazette dimasukkan pada 10 minit terakhir permainan. Dan beliau gagal untuk membantu pasukannya kali ini.
Villareal dengan kepakaran Unai Emery dalam UEL ini, mara ke final buat pertama kali dalam kancah Eropah.
😩 May 6th 2004: Valencia beat Villarreal in UEFA Cup semi-final second leg…
🥰 May 6th 2021: Villarreal beat Arsenal on aggregate to reach their first European final…#UEL pic.twitter.com/ArqUZvOFBq
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) May 6, 2021
Dan Unai Emery berjaya menikmati final kelima beliau dalam UEL dalam 9 musim beliau menyertai pertandingan tersebut. Paling legenda pastinya dengan Sevilla di mana Unai Emery menang 3 UEL berturut turut.
Unai Emery has coached in the Europa League nine different seasons. He's made the final in five of them 😱
2014 (Sevilla): 🏆
2015 (Sevilla): 🏆
2016 (Sevilla): 🏆
2019 (Arsenal): 🚫
2021 (Villarreal): ⏳ pic.twitter.com/cieehXM8ab— B/R Football (@brfootball) May 6, 2021
Baca juga artikel
Kepercayaan Zidane Kepada Hazard Masih Tak Terbalas Dan Vinicius Menjadi Mangsa
Mason Mount Sindir Kroos Selepas Komen Pemain Itu Tentang Chelsea