Mason Mount sekali lagi tampil cemerlang dalam membantu Chelsea mara ke final Liga Juara Juara Eropah musim ini menyingkirkan Real Madrid.
Chelsea mara dengan agregat 3-1 selepas menang 2-0 di Stamford Bridge. Timo Werner dan Mason Mount berada dalam senarai penjaring gol.
Mount turut mencipta beberapa peluang dan memiliki peluang gol tambahan dalam perlawanan ini. Namun beliau gagal sudahkan.
Selepas tamat perlawanan, bintang muda England itu terus menyindir pemain veteran Real Madrid Toni Kroos yang sebelum ini menyatakan beliau tidak gentar langsung dengan mana mana pemain Chelsea yang ada pada hari ini.
Sambil Kroos menambah dia tak akan hilang tidur lena kerana pemain pemain Chelsea.
Mount membalas kembali kenyataan Kroos itu dengan berkata: “Saya dengar ada seseorang menyatakan tak ada seorang pun pemain Chelsea akan membuatkan dia hilang tidur kerana.”
“Mungkin dia patut tak lena tidur sebab memikirkan kami sebagai satu pasukan.”
Mason Mount didn't forget Toni Kroos' comments 😮 pic.twitter.com/ux3hjcbOnJ
— ESPN FC (@ESPNFC) May 5, 2021
Ini bukan pertama kali Kroos membuat kenyataan kontroversi. Sebelum ini yang mempertikaikan keraian gol Aubameyang yang menurutnya agak melampau.
Chelsea akan bertemu dengan Manchester City dalam aksi final semua Inggeris di Istanbul. Sebelum ini Man City menyingkirkan cabaran PSG.
Thomas Tuchel terus cemerlang sejak mengambil alih Chelsea. Mereka berpotensi menamatkan musim ini dengan kejuaraan UCL.
Baca juga artikel
UCL: Guardiola Dedahkan Rahsia Kemaraan City Kerana Percaya Pada Proses Sejak 5 Tahun Lalu
United Sedia Tawar Kontrak Baharu, Raiola Mahu Pastikan Pogba Dapat £400K Seminggu