Shakhtar Donetsk mencipta kemenangan yang mengejutkan ke atas juara 13 kali – Real Madrid dalam perlawanan pertama Kumpulan B di Estadio Alfredo Di Stefano.

Perlawanan ini sepatutnya bukan masalah besar untuk Real Madrid. Lebih lebih lagi lawan mereka kehilangan 10 pemain skuad utama mereka kerana terpaksa dikuarantin – akibat covid-19.

Pemain Shakhtar, Tete, adalah bencana besar bagi Madrid. Tete berjaya memberi impak besar kepada kemenangan Shakhtar terutama sekali dengan persembahan beliau pada separuh masa pertama.

Pada awal perlawanan, Madrid memulakan perlawanan dengan kurang meyakinkan. Walaupun Real berusaha menyerang, namun mereka gagal mencipta peluang yang benar benar berkualiti.

Shakhtar pula kelihatan sangat berani berhadapan dengan Real Madrid. Mereka menunjukkan keyakinan mereka.

Pada minit ke-29, Shakhtar berjaya menembusi gawang Thibaut Courtois. Tete berjaya merobek gawang Madrid setelah melepaskan rembatan leret.

Ek3s_fvXUAETnKN

Tidak lama kemudian, Shakhtar menggandakan pendahuluan mereka. Serangan mereka membuahkan hasil ketika, apabila pertahanan Madrid Raphael Varane menjaringkan gol sendiri pada minit ke-33.

Puncanya ialah Tete sekali lagi. Di mana pemain itu merembat deras dan Courtois pula gagal menyelamatkan bola dengan lebih baik. Bola yang muntah itu cuba dikeluarkan Varane yang dicabar seorang lagi pemain, dan malangnya bola itu masuk.

Menjelang minit akhir perlawanan separuh masa pertama, Shakhtar Donetsk benar-benar membuat Madrid menderita. Pada minit ke-42, Manor Solomon menewaskan Courtois, untuk memastikan mereka masuk ke bilik persalinan dengan 3-0.

Memasuki babak kedua, Madrid benar-benar tampil lebih garang. Kehadiran Karim Benzema telah memperkuatkan barisan serangan Madrid.

Serangan demi serangan dilancarkan. Sehingga keputusan pada 54 minit, Madrid berjaya mengurangkan defisit menerusi gol Luka Modric. Ianya berpunca daripada umpanan Marcelo.

Kemasukan Vinicius Junior juga memberikan impak kepada Real Madrid. Pemain itu menjaringkan go kedua tuan rumah pada minit ke-59.

Pada kedudukan 2-3, Real Madrid dilihat akan mampu untuk mendapatkan mata mahupun kemenangan daripada prlawanan ini.

Tidak semudah itu, apabila Shakhtar hampir meletakkan skor 4-2 setelah Marlos berjaya menjaringkan gol. Namun ia dibatalkan kerana Tete yang terlibat dalam gerakan itu telah ofsaid.

Menjelang perlawanan berakhir, Madrid hampir menamatkan perlawanan dengan keputusan seri.

Federico Valverde berjaya menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan. Malangnya gol itu tidak dibenarkan oleh VAR kerana Valverde terbias pada kaki Vinicius yang berada di posisi ofsaid.

Shakhtar akhirnya berjaya memastikan kemenangan bersejarah mereka di halaman Madrid.

Real Madrid terus bergelut dengan aksi di UCL tanpa Sergio Ramos.

Baca juga perkembangan lain

UCL: ‘Clearance’ Atas Garisan Fabinho Ini Selamatkan 3 Mata Liverpool

Ozil Kecewa Dengan Layanan Arsenal Dan Tekad Terus Bersuara Demi Kemanusiaan

EPL: Manchester United Tak Daftar Sergio Romero Dalam Pasukan Utama