Mesut Ozil terkejut beliau masih tidak didaftarkan dalam skuad Liga Perdana Inggeris musim ini.
Ianya beberapa hari selepas namanya turut disingkirkan daripada skuad Liga Europa pasukan Arsenal. Agak mengejutkan kerana Arsenal sanggup melihat pemain yang bergaji paling tinggi tidak bermain.
Ozil kecewa dengan layanan Arsenal sejak musim covid lagi. Namun beliau memendamkannya dan berharap situasi lebih baik. Beliau kemudiannya mengeluh kerana ternyata kesetiaannya masa belum cukup untuk menambat pengurusan untuk melayannya lebih baik.
Ozil pemain yang membantah pemotongan gaji sebelum ini. Beliau dengan berani mengkritik cara pengurusan Arsenal yang tak transparen dalam menjelaskan kepada pemain tentang ke mana wang yang dipotong itu akan pergi.
Dalam kenyataannya juga, Ozil turut menyindir Arsenal berkaitan dengan kelantangannya menyuarakan isi kemanusiaan dan penindasan.
EPL: Mesut Ozil Digugurkan Daripada Skuad Utama Arsenal https://t.co/thHISXB7XZ
— VOCKET FC (@vocketfc) October 20, 2020
Ia seolah oleh menguatkan lagi spekulasi bahawa Ozil sebenarnya dibekukan Arsenal atas alasan beliau terlalu lantang bersuara isu Uighur sebelum ini.
Di mana Arsenal ketika itu dengan terbuka menyatakan mereka tidak mahu dikaitkan dengan sebarang pandangan peribadi pemain itu dalam isu yang dianggap Arsenal sebagai politikal.
Ozil menafikan ianya bersifat politikal, tetapi menyatakan ia adalah atas dasar kemanusiaan.
Berikut kenyataan Ozil:
“Ini adalah mesej yang sukar untuk ditulis kepada peminat Arsenal, [kelab] yang saya bermain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Saya sangat kecewa dengan hakikat bahawa saya masih tidak didaftarkan untuk musim Liga Perdana Inggeris buat masa ini.
Setelah menandatangani kontrak baru saya pada tahun 2018, saya berjanji setia dan setia kepada kelab yang saya sayangi, Arsenal, dan apa menyedihkan saya apabila ini berlaku.
Seperti apa yang saya ketahui, kesetiaan sukar dilihat sekarang ini. Saya selalu berusaha untuk tetap positif dari minggu ke minggu bahawa mungkin ada peluang untuk kembali ke skuad lagi.
Itulah sebabnya saya berdiam diri selama ini. Sebelum rehat Coronavirus, saya sangat gembira dengan perkembangan di bawah jurulatih baru kami, Mikel Arteta – kami telah berada di jalan yang positif dan saya akan mengatakan bahawa persembahan saya berada pada tahap yang sangat baik.
Tetapi kemudian keadaan berubah, sekali lagi, dan saya tidak lagi dibenarkan bermain bola sepak untuk Arsenal.
Apa lagi yang boleh saya katakan?
London masih terasa seperti di rumah, saya masih mempunyai ramai rakan baik dalam pasukan ini, dan saya masih merasakan hubungan yang kuat dengan peminat kelab ini.
Walau apa pun, saya akan terus memperjuangkan peluang saya dan tidak membiarkan musim ke-8 saya di Arsenal berakhir seperti ini.
Saya boleh berjanji kepada anda semua bahawa keputusan drastik ini tidak akan mengubah apa-apa dalam pemikiran saya – saya akan terus berlatih sebaik mungkin dan seboleh-bolehnya menggunakan suara saya untuk isu kemanusiaan dan keadilan.”
Baca juga perkembangan lain
Mourinho Bangkang Pendapat Menyatakan Bale Punca Spurs Tak Menang