PSG menjamu kunjungan Manchester United dalam aksi pembukaan Liga Juara Juara Eropah kumpulan H.
Ole Gunnar Solskjaer memberikan debut kepada bek sisi baharu mereka Alex Telles dalam perlawanan ini. Telles bermain dari kesebelasan utama.
#MUFC debuts don't come much bigger than this!
A special night for Alex Telles ✨#UCL pic.twitter.com/GScZcg6h7k
— Manchester United (@ManUtd) October 20, 2020
Manakala PSG menurunkan trio serangan Neymar-Mbappe-Di Maria dalam usaha mereka membalas dendam luka lama mereka di Paris.
Di mana mereka ketika itu disingkirkan United dengan cara sangat kejam.
1 – The only previous European encounter between PSG and Man Utd was at the last 16 stage in the 2018-19 season. The Red Devils reversed a 2-0 first leg deficit to go through on away goals with a 3-1 win in Paris via a 90th minute Marcus Rashford penalty. Memories. #PSGMUN pic.twitter.com/eq4YijbqqB
— OptaJoe (@OptaJoe) October 20, 2020
Angel Di Maria melakukan lencongan, namun bola beliau diselamatkan oleh David De Gea.
Pada minit ke-12 David De Gea sekali lagi menjadi penyelamat. De Gea melakukan point blank save menafikan usaha Mbappe menyambar bola rakannya, betul betul di atas garisan gol.
PSG kemudian lebih dominan. Neymar banyak menggerakkan serangan daripada sayap kiri.
Pada minit ke-18, Anthony Martial mengiring bola ke dalam kotak penalti. Namun rembatannya sangat mengecewakan. Jauh tersasar.
Martial kemudian memenangi penalti untuk pasukannya. Selepas dijatuhkan oleh Diallo.
Bruno Fernandes tampil untuk mengambil penalti. Dan beliau gagal menyempurnakannya. Pengadil kemudian mengarahkan penalti diambil semula selepas VAR mendapati Navas keluar daripada garisan lebih awal.
Fernandes tidak melakukan kesilapan pada kesempatan kedua diberikan kepada beliau.
Fernandes kini sudah mengambil 26 penalti sejak 2017/18. Dan kekal hanya ‘miss’ sekali ketika berdepan Newcastle United minggu lalu.
Bruno Fernandes has taken 26 penalties in league and European competition since the start of the 2017-18 season…
…he's still only missed one. 😉 pic.twitter.com/oZRJv1RwHd
— Squawka (@Squawka) October 20, 2020
Pada minit ke-31, De Gea menghadang cubaan Di Maria untuk menggelecek beliau.
Neymar kemudian dilayangkan kad kuning kerana memprotes pengadil yang tidak memberikan penalti selepas Mbappe ditolak oleh Tuanzebe. Pengadil menyatakan ia adalah cabaran fizikal bersih.
Pada minit ke-38, Bruno Fernandes melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti. Tetapi Navas berjaya menepisnya. Man United mendapat satu lagi peluang menerusi sepakan penjuru, tandukan McTominay hampir menerjah gawang.
Pada separuh masa kedua, PSG terus meningkatkan intensiti permainan mereka. Berpunca daripada situasi sepakan penjuru, PSG berjaya menyamakan kedudukan.
Ianya selepas Anthony Martial tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-55.
2 – Both instances of a French player scoring an own goal against a French club in the Champions League have been at the Parc des Princes against PSG – Jeremy Mathieu for Barcelona in April 2015 and Anthony Martial for Man Utd today. Bleu. #PSGMUN pic.twitter.com/Jo4FfOZfJO
— OptaJoe (@OptaJoe) October 20, 2020
PSG mendapat beberapa peluang menerusi Neymar namun rembatannya diselamatkan oleh De Gea.
United juga mencipta beberapa lagi peluang gol terutama sekali menerusi situasi sepakan penjuru.
PSG sukar untuk mencipta peluang dengan ketidakstabilan mereka di tengah dan terlalu bergantung kepada keupayaan individu berbanding dengan permainan kombinasi.
Satu gerakan bahaya dilancarkan Man United, namun rembatan Rashford tepat ke arah Navas.
Rashford sekali lagi menjadi mimpi ngeri PSG apabila beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87. Beliau merembat leret deras menyilang ke penjuru kanan.
PSG tidak mampu berbuat apa apa dan Man United sekali lagi menang di kota Paris.
2019.
2020.Marcus Rashford and Manchester United shock PSG in Paris again 😲 pic.twitter.com/hmx90JOLUa
— B/R Football (@brfootball) October 20, 2020
Kemenangan ini sangat bermakna buat Man United. Kerana mereka baru sahaja menang ke atas pasukan pilihan dalam kumpulan maut ini.
PSG ternyata tidak beraksi baik walaupun memiliki deretan nama besar dalam pasukan mereka.
Baca juga perkembangan lain
Mourinho Bangkang Pendapat Menyatakan Bale Punca Spurs Tak Menang