Manchester United akan berhadapan dengan PSG tanpa kapten Harry Maguire dan juga penyerang veteran baharu mereka Edinson Cavani.
Ini bermakna Edinson Cavani tidak akan berpeluang berhadapan dengan rakan rakan lamanya pada kali ini.
Maguire yang sebelum ini bergelut dengan permulaan musim ini telah menjaringkan gol dalam kemenangan 4-1 Man United di St James’ Park.
Ianya adalah gol sulung Maguire pada musim ini untuk pasukannya. Gol yang mencetuskan kebangkitan 4 gol United selepas ketinggalan seawal minit perlawanan.
Dalam perlawanan yang sama beliau mengalami kecederaan ringan.
Edinson Cavani sudah memulakan latihan bersama pasukan Red Devils. Namun beliau terpaksa menunggu untuk debutnya.
Edinson Cavani looks to be settling in well at Man Utd. He just told his new teammates he hopes to win the Champions League this season. 🤣 pic.twitter.com/DfEEluzvBi
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) October 19, 2020
Cavani baru sahaja dibenarkan berlatih dengan rakan rakannya, sesuai dengan kebenaran yang diberikan kerajaan UK kepadanya sebaik sahaja pemain itu tamat menjalani isolasi persendirian di kediamannya.
Ole Gunnar Solskjaer pula menjelaskan, beliau tidak mahu terus menggunakan pemain yang baru sekali berlatih dengan pasukan.
Dan Solskjaer mengintai aksi berdepan Chelsea pada Sabtu hadapan sebagai antara potensi debut kepada pemain berusia 33 tahun itu.
Ole menegaskan pemain itu sudah lama tak beraksi dan tidak bersedia untuk bermain aksi kompetitif. Jadi beliau faham kenapa pemain itu merasakan dirinya masih belum bersedia.
Oleh itu Solskjaer berpendapat, latihan berterusan amat perlu untuk pemain tersebut.
Ole Gunnar Solskjaer to RMC Sport on excluding Edinson Cavani from the squad to face PSG:
"He has not played for a long time, it is justified, even if with a little regret. We thought that it was better for him to keep training… He did not feel ready." https://t.co/gieDFis0vh
— Get French Football News (@GFFN) October 19, 2020
Mason Greenwood, Eric Bailly dan Jesse Lingard juga tidak menyertai senarai pemain yang terbang ke Paris.
Baca juga perkembangan lain
EPL: Lanzini Rosakkan ‘Parti’ Bale, Mourinho Anggap Tiada Yang Pelik Dengan Skor 3-3
Solskjaer Tentang Van De Beek: “Kami Menang 4-1 Dan Kamu Masih Tanya Tentang Itu?”