Tottenham Hotspur melepaskan 3 gol pendahuluan mereka pada 8 minit terakhir aksi separuh masa kedua.
Lebih perit, ianya berlaku pada hari mereka meraikan kepulangan semula Gareth Bale.
Tottenham Hotspur mendahului seawal minit pertama. Dengan Son Heung-min menjaringkan gol setelah perlawanan baru bermula 47 saat beraksi.
Selepas itu, Harry Kane mencatatkan namanya di papan skor menerusi dua golnya pada minit ke-8 dan minit ke-16.
Segalanya nampak serba serbi sempurna buat anak anak buah Jose Mourinho.
Mourinho memasukkan Gareth Bale pada minit ke-73 perlawanan untuk memastikan pemain itu membuat debut kedua. Ianya selepas 7 tahun pemain itu meninggalkan Spurs.
Seven years later: Bale is back. pic.twitter.com/dpPsoGQbet
— Brendan Boyle (@BrendyBoyle) October 18, 2020
Bale terlepas peluang keemasan untuk menambah gol Spurs.
Namun mimpi ngeri Spurs bermula pada minit ke-82. West Ham United dapat menyamakan kedudukan. Bermula, menerusi tandukan Fabian Balbuena.
Bek tengah Spurs, Davinson Sanchez tertampan bola ke sendiri pada minit ke-85.
Dam kemudian, ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, bintang sensasi West Ham, Lanzini melakukan screamer yang cantik menewaskan Lloris.
Jaringan itu adalah jaringan ikonik yang memastikan West Ham mencuri 1 mata dari Tottenham daripada kedudukan mereka ketinggalan 3-0 sepanjang 81 minit aksi.
46 – We're back underway!
📲 @WilliamHill latest (18+)https://t.co/9EN3awvxdm
⚪ #THFC 3-0 #WHUFC ⚒️ pic.twitter.com/qSPZN8arIs
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) October 18, 2020
Jose Mourinho menyatakan beliau tidak hairan pun dengan keputusan ini. Kerana menurut beliau, inilah bola sepak. Ianya perkara biasa.
“Inilah bola sepak, kami boleh berada 3-0 di hadapan dan kemudian mereka menyamakan kedudukan 3-3.”
“West Ham tidak pernah berputus asa, itu adalah satu penghargaan kepada mereka,” tambah Mourinho lagi.
Mourinho mengakui, kegagalan mereka bertahan lebih baik membuatkan mereka selayaknaya menerima akibat.
Spurs hilang mata pada minit akhir kerana tidak mampu bertahan secara mental dalam perlawanan ini.
Seterusmua Mourimho melabel West Ham United menang kerana nasib. Kerana pasukan beliau lebih baik pada malam tadi.
“Sangat mudah bagi saya untuk memuji West Ham. Mereka ketinggalan tiga gol dan kami mengawal permainan. Mereka kemudian menjaringkan gol pada akhir permainan dan mereka sangat bernasib baik,” kata Mourinho.
"They were lucky".
Jose Mourinho has spoken after his Spurs side let slip a 3-0 lead to West Ham.
Watch: https://t.co/fYK9W8ZsEb #bbcfootball pic.twitter.com/axwRunlgUU
— BBC Sport (@BBCSport) October 18, 2020
“Kami mungkin tidak bernasib baik, tetapi kami layak mendapat keputusan ini.”
Baca juga perkembangan lain
Solskjaer Tentang Van De Beek: “Kami Menang 4-1 Dan Kamu Masih Tanya Tentang Itu?”
Barcelona Kalah, Koeman Anggap Nyom Biadap Dan Kasar Dengan Messi