Ronald Koeman sangat tidak gembira dengan pemain pertahanan Getafe, Allan Nyom setelah kekalahan Barcelona 1-0 di Coliseum Alfonso Perez pada hari Sabtu.

Pemain berusia 32 tahun itu terkenal dengan pendekatan fizikalnya dan menyiku Lionel Messi pada separuh masa pertama permainan.

Terdapat beberapa lagi pelanggaran di sepanjang aksi oleh Nyom yang ditugaskan merantai Lionel Messi.

Sementara Koeman menganggap Nyom turut menghinanya ketika permainan sedang berlangsung.

Ianya gara gara Nyom tak puas hati dengan reaksi Koeman selepas Nyom menyiku Messi.

Nyom juga dilihat beberapa kali melakukan bentesan keras di atas padang yang membuatkan Koeman sangat kecewa.

85e28133-83c1-418f-97d9-13c4a1347f7c

Ronald Koeman dilihat ada berbincang dengan Jose Bordalas setelah wisel penamat. Koeman berkongsi isi perbincangan mereka.

Menurut Koeman: “Saya sudah beritahu caoch Getafe, Bordalah selepas tamat perlawanan. Di mana ada dua atau tiga kali Nyom biadap terhadap saya.”

“Saya tak nak ulang apa dia katakan kepada saya. Tetapi saya sudah beritahu Bordalas.”

“Nyom menghina saya, bersikap sangat biadap. Saya tak akan menerima perkara seperti itu.”

“Kita tak boleh terima perkara seperti itu di dalam bola sepak moden hari ini. Saya tak akan ulangi apa dia katakan, namun ianya sangat ‘hodoh’.”

 

Kekalahan itu adalah yang pertama Barcelona di bawah Koeman dan membuatkan gergasi Catalan itu hanya dengan tujuh mata dari empat perlawanan pertama mereka.

Bordalas memberikan komen balas berkenaan dengan kenyataan Koeman. Bordalas berkata: “Saya tak bercakap lagi dengan Nyom. Esok baru saya akan bercakap dengannya.”

“Tapi saya agak was was kalau betul Nyom bersikap begitu. Saya sangat kenal dia.”

“Dia sangat kompetitif dan sangat menghormati orang lain. Dan saya tak membenarkan sikap biadap di kalangan pemain saya. Saya masih meragui sama ada Nyom benar benar menghinanya.”

Baca juga perkembangan lain

Lampard Pertahankan Kepa Sebaliknya Salahkan Zouma

EPL: 3 Gol Lewat Manchester United Pastikan Kebangkitan Ke Atas Newcastle

Keputusan VAR Ini Nafikan 3 Mata Liverpool