Manchester United berjaya meraih keputusan positif ketika mereka mengunjungi St James’ Park untuk bertemu dengan Newcastle United.
United memulakan perlawanan dengan teruk apabila ktinggalan seawal minit kedua menerusi jaringan sendiri Luke Shaw. Ianya berpunca daripada rembatan Jonjo Shelvey terbias pada Shaw.
5 – Manchester United have scored five own goals against Newcastle in the Premier League (Henning Berg, Wes Brown, Phil Jones, Jonny Evans and Luke Shaw), only two sides have scored more against a single opponent (Sunderland v Man Utd and Liverpool v Tottenham). Oops. pic.twitter.com/v5W98b3qeu
— OptaJoe (@OptaJoe) October 17, 2020
Newcastle kemudia tampil dengan bertenaga. St Maximin menjadi masalah utama kepada United dengan kelasakan dan kelicikannya.
Manchester United menyamakan kedudukan menerusi Bruno Fernandes. Namun gol itu dibatalkan kerana Mata ofsaid.
Pada minit ke-23 menangkap Harry Maguire menyamakan kedudukan 1-1 setelah memanfaatkan hantaran cantik dari Juan Mata dari sepakan penjuru.
Maguire menanduk kemas umpanan tersebut. Selepas minggu minggu yang sukar, Maguire akhirnya berjaya meringankan sedikit beban yang ada di kepalanya itu.
Maguire juga hampir menanduk masuk gol kedua peribadinya, namun dihadang oleh Jonjo Shelvey.
Pada minit ke-58, Manchester United diberikan sepakan penalti selepas Rashford dijatuhkan.
Pakar penalti Manchester United, Bruno Fernandes kali ini kandas dan rembatannya diselamatkan oleh Darlow yang beraksi cemerlang sepanjang malam.
Darlow turut menafikan beberapa percubaan bahaya United termasuk dua embatan jarak dekat Marcus Rashford.
De Gea turut melakukan aksi menyelamat luar biasa termasuk menafikan tandukan jarak dekat pemain lawan dan rembatan deras St Maximin.
Pada separuh masa kedua Man United memperbaiki permainan mereka. Walaupun kelihatan mereka bakal hampa lagi, namun pada minit ke-86, Bruno Fernandes memastikan Red Devils di hadapan. Menebus kegagalannya dalam penalti.
19 – Bruno Fernandes has been directly involved in 19 goals in his 18 Premier League appearances for Manchester United (11 goals, 8 assists), scoring in each of his last three games. Redemption. pic.twitter.com/DzrRKaIf3C
— OptaJoe (@OptaJoe) October 17, 2020
Ianya telah membuatkan Newcastle tidak terurus dengan teruk.
4 minit kemudian, Wan Bissaka memastikan 3 mata milik United dengan gol ketiga. Ianya jaringan pertama Wan Bissaka untuk Manchester United.
116 – Aaron Wan-Bissaka is the 116th different player to score for Manchester United in the Premier League in what is his 38th league appearance for the club. Devilish. pic.twitter.com/IfIjrlIGUu
— OptaJoe (@OptaJoe) October 17, 2020
Namun Rashford memahatkan lagi derita Newcastle dengan gol keempat menerusi satu larian deras selepas menerima hantaran Bruno Fernandes.
Tamat perlawanan, Solskjaer kelihatan sangat gembira dengan kemenangan yang dicapai itu.
Baca juga perkembangan lain
12 Pemain Dan Staf Montpellier Positif Covid-19, Namun Harus Terus Beraksi
Pesan Kaka Kepada Milan: “Tiru Jerman Dan Elak Jadi Arsenal Yang Tak Menang Apa Apa”