Montpellier mendedahkan bahawa terdapa 12 orang dalam dalam kelab mereka positif covid-19 menjelang lawatan mereka ke Monaco.
8 pemain dan 4 staf kejurulatihan dijangkiti covid-19 dalam ujian yang dilakukan pada Khamis. Namun mereka tidak pula mendedahkan namanya.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Montpellier berkata: “Ujian dilakukan pada Khamis dan mendapati 8 pemain positif dan 4 lagi adalah dari kalangan staf.”
“Satu lagi ujian dibuat pada pagi ini [hari berikutnya] untuk kesemua orang dalam pasukan. 12 orang yang positif sebelum ini sudah diisolasi dan mengikuti protokol kesihatan.”
Montpellier berada dalam prestasi agak baik pada awal musim ini dengan memenangi 3 dan seri sekali dalam 6 perlawanan pembukaan liga. Mereka kini sedang berada di tangga kelima.
Ligue 1 sudah menyatakan sebelum ini bahawa, selagi lagi pasukan memiliki 20 pemain termasuk penjaga gol, maka aksi akan diteruskan. Kini Montpellier memiliki 22 pemain daripada 30 yang didaftarkan.
Eight Montpellier players and four staff members test positive for coronavirushttps://t.co/neTenHQBU7
— The National (@TheNationalNews) October 16, 2020
Ini bukan pertama kali pemain Montpellier dijangkiti covid-19. Sebelum ini mereka menjadi pasukan pertama yang ada pemain terkena covid.
Dalam kes pertama di Ligue 1, Junior Sambia adalah pemain pertama yang positif dan dikejarkan ke hospital kerana tak sedarkan diri.
Ketika it 7 pemain Montpellier disahkan covid. Dan kini mereka ada 8 pemain pula dalam kluster terbaru ini.
Baca juga perkembangan lain
Pesan Kaka Kepada Milan: “Tiru Jerman Dan Elak Jadi Arsenal Yang Tak Menang Apa Apa”
Menteri Kesihatan Itali Tuduh Ronaldo Langgar Protokol, Juventus Pertahankan Pemainnya