Penyerang veteran AC Milan Zlatan Ibrahimovic menyatakan dia sudah tak sabar untuk kembali ke padang dan bertemu dengan pasukan lamanya Inter Milan.

Zlatan Ibrahmovic baru pulih daripada koronavirus. Dan perlawanan pertama beliau adalah derbi Milan.

Kali terakhir penyerang berusia 39 tahun itu beraksi adalah pada 21 September berhadapan dengan Bologna.

Ibrahimovic menjaringkan 14 gol dalam 22 perlawanan sejak Januari 2020.

Legenda Itali Christian Vieri percaya Ibrahimovic sedang berada dalam prestasi terbaik walaupun kurang minit perlawanan bulan lalu.

skysports-ac-milan-zlatan-ibrahimovic_4915952

Ini kerana Vieri merasakan pengalaman Ibrahimovic akan memainkan peranan dalam perlawanan sebesar itu.

Vieri berkata:

“Pengalaman beliau tidak dapat diukur dan boleh mengatasi segalanya.”

“Beliau ada teknik dan visi dalam permainan. Mampu menjaringkan gol dan mencipta peluang gol, membuatkan permainan berpasukan lebih baik.”

“Beliau menaikkan kualiti pemain lain apabila dia ada dalam padang.”

“Beliau boleh membuatkan treadmill pecah setiap hari. Cara dia marah dengan koronavirus dan menganggap virus itu silap orang untuk dijangkiti adalah bukti dia seorang yang sangat kuat secara mental.”

“Beliau akan bermain derbi ini dengan ‘rokok’ di mulutnya [tenang], percayalah pada saya.”

Vieri turut menjangkakan pertemuan derbi kali ini akan mempertemukan dua bekas rakan sepasukan iaitu Ibrahimovic dan Lukaku – yang mahu menjadi pemenang dalam perlawanan ini.

Lukaku memberikan impak sangat besar sejak menyertai Inter Milan pada 2019/20.

Lukaku sudah menjaringkan 26 gol sejak permulaan musim lalu. 9 gol lebih banyak daripada penyerang idaman Barcelona – Lautaro Martinez.

Mancheter-United-Training-Manchester-United-Kingdom-12-Mar-2018

“Lukaku tak mampu dihalang. Beliau secara semulajadi sangat kuat. Kamu berikan dia 50 meter atas padang, dan dia akan mengoyakkan kamu sampai lunyai. Pertahanan harus bijak berhadapan dengannya.”

“Dan dia lebih besar dari saya [tetapi sangat pantas].”

Vieri kemudian melihat ada beberapa persamaan dirinya dengan Lukaku.

“Ada beberapa gerakan Lukaku yang membuatkan saya berkata, saya pernah buat skil itu dulu.”

Baca juga perkembangan lain

Menteri Kesihatan Itali Tuduh Ronaldo Langgar Protokol, Juventus Pertahankan Pemainnya

Serie A Bagi 3 Mata Kepada Juventus Kerana Napoli Tak Boleh Ke Turin Sebab Covid-19

UNL: England Kalah, Bermain 10 Pemain Selepas Maguire Kad Merah