Covid-19 telah membuatkan Napoli membatalkan perjalanan mereka ke Turin kerana larangan pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk pergi keluar dari bandar Naples ke Turin.
Buat masa ini di Itali perjalanan merentas antara bandar sangat terhad.
Ia membuatkan Napoli tidak dapat beraksi dalam aksi berdepan Juventus pada awal bulan ini.
Namun alasan itu tidak diterima oleh Suruhanjaya Disiplin Liga Itali yabng secara rasmi memutuskan untuk memberikan Juventus kemenangan 3-0 ke atas Napoli pada minggu ketiga aksi liga.
Lebih malang apabila Napoli dikenakan penalti tolak satu mata kerana gagal menghadirkan diri dalam perlawanan tersebut.
Peguam sukan Itali, Claudio Pasqualin juga berpendapat keputusan Juventus untuk menang adalah mutlak dan sah. Dan beliau yakin Napoli akan menggunakan hak mereka untuk membuat rayuan.
Suruhanjaya Disiplin menyatakan bahawa mereka tidak menemui situasi force majeure yang membolehkan Napoli terlepas dari Hukuman.
Mereka tidak menerima alasan covid-19 dan larangan oleh pihak berkuasa sebagai sebab untuk tidak dapat hadir.
Juventus have been awarded a 3-0 win over Napoli, who have been docked a point after they failed to fulfil their Serie A fixture earlier this month.
Full story: https://t.co/7UhgYn9WI7 pic.twitter.com/cTH6aJgSEW
— BBC Sport (@BBCSport) October 14, 2020
Ini kerana menurut suruhanjaya disiplin Serie A – sebelum musim bermula, semua kelab Liga Itali telah bersetuju untuk pergi ke venue perlawanan dengan mengikuti protokol Covid-19 yang sudah ditetapkan.
Oleh kerana itu, Suruhanjaya Disiplin Liga Itali berpegang kepada janji itu dan akhirnya memutuskan untuk memberikan kemenangan 3-0 kepada Juventus.
Pasqualin berkata:
“Keputusan itu tidak dapat dielakkan dan tidak dapat diganggu gugat.”
“Ini sepenuhnya sesuai dengan prinsip keadilan sukan.”
“Oleh itu, sekarang pasti akan ada beberapa episod drama ini yang akan melalui proses rayuan,” kata beliau, seperti dilaporkan Football Italia.
“Seperti di negara mana pun, Napoli berhak untuk mengajukan rayuan berdasarkan hal itu.”
“Namun, keputusan Jawatankuasa Disiplin adalah tepat dan sah, kerana ada peraturan yang harus dipatuhi dan Napoli jelas tidak melakukannya sepenuhnya,” tambah beliau lagi.
OFFICIAL: Juventus have been given a 3-0 victory over Napoli, who failed to show up for their match on October 4.
Napoli have also been deducted one point in Serie A for not following COVID-19 protocol. pic.twitter.com/2reQOfUSeN
— B/R Football (@brfootball) October 14, 2020
Pasqualin sudah menjangkan drama ini baru sahaja bermula. Dan ramai peminat akan membicangkannya. Beliau juga tahu Napoli akan membuat kenyataan rasmi akan perkara itu.
Ramai peminat tidak dapat menerima tindakan Serie A. Kerana ketika ini Itali sedang dalam lockdown.
Napoli sudah menyatakan mereka yakin keadilan akan memihak kepada mereka selepas membuat rayuan di atas perkara itu.
Baca juga perkembangan lain
UNL: England Kalah, Bermain 10 Pemain Selepas Maguire Kad Merah
Wenger: Mansuhkan UNL Yang Mengelirukan, Anjurkan Piala Dunia Dan Euro Setiap Tahun