Rodrygo menyelamatkan 3 mata Real Madrid pada babak akhir untuk memberikan kemengan 3-2 kepada juara Sepanyol.
Real Madrid berdepan dengan tugasan getir daripada Inter Milan. Kedua dua pasukan yang dianggap pasukan pilihan, turun untuk memburu kemenangan sulung.
Ini selepas permulaan buruk kedua duanya dalam saingan kumpulan B.
Namun begitu, Los Blancos berada di hadapan seawal minit ke-25 menerusi gol Karim Benzema yang memanfaatkan kesilapan Achraf Hakimi.
Pada minit ke-33, Madrid menambah satu lagi gol menerusi Sergio Ramos yang menanduk masuk sepakan penjuru Toni Kroos.
Ianya adalah gol ke-100 Sergio Ramos untuk Real Madrid dan beliau merupakan pemain pertahanan.
Goal number 💯 for Sergio Ramos.
He's a centre-back 😳 pic.twitter.com/00U1IIhO60
— GOAL (@goal) November 3, 2020
Namun selang dua minit daripada gol itu, Lautaro Martinez merapatkan jurang gol pada minit ke-35 minit, sekali gus menghidupkan kembali harapan Inter Milan, terutama sekali pada separuh masa kedua.
Kedua dua pasukan terus bersaing sengit pada separuh masa kedua.
Pada minit ke-68, Ivan Perisic menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat.
Real Madrid pada satu ketika kelihatan mungkin akan dikejutkan dengan kekalahan dalam perlawanan ini selepas di hadapan dengan dua gol.
Namun pemain gantian, Rodrygo menjaringkan gol kemenangan lewat untuk Real Madrid.
Ianya berpunca daripada hantaran cantik daripada Vinicius Jr.
Real Madrid memperolehi kemenangan pertama mereka dalam UCL musim ini. Agak mengejutkan apabila Inter Milan masih belum menang selepas 3 perlawanan.
Sedangkan dua pasukan ini awalnya dijangka akan menguasai kumpulan ini tanpa sebarang masalah.
Baca juga perkembangan lain
Solskjaer Ulangi Rekod Moyes Pada Penampilan Ke-100, Arsenal Akhiri Badi Yang Lama