Liverpool akhirnya memenangi 3 perlawanan pertama peringkat kumpulan UCL – buat pertama kali pada era Jurgen Klopp.
Kemenangan kali ini hadir dari bandar Bergamo, apabila Liverpool membelasah pasukan Itali itu 5-0.
Tumpuan terarah kepada pemain yang baru dibeli musim ini, Diogo Jota.
Jota menjaringkan hatrik pertamanya di pentas Eropah bersama Liverpool.
⚽️ ⚽️ ⚽️
Our hat-trick hero 🤩 pic.twitter.com/4c6xFReg0c
— Liverpool FC (@LFC) November 3, 2020
Jota membuka tirai jaringan pada minit ke-16, selepas menewaskan perangkap ofsaid pasukan lawan.
Diogo Jota meluru ke hadapan dan melakukan sedikit sungkitan untuk gol pertama.
Pemain yang sedang dalam prestasi kemuncak itu menambah satu lagi gol pada minit ke-36. Kali ini Jota mengawal kemas hantaran Joe Gomez dan merembat kemas.
Bersambung babak kedua, Atalanta cuba menakan Liverpool dengan intensif dari awal.
Malang sekali, mereka diserang balas oleh Liverpool untuk gol ketiga di mana Mohamed Salah berhadapan dengan penjaga gol lawan dalam 1 lawan 1, dan gol terhasil pada minit ke-47.
Dua minit kemudian, Mohamed Salah melorongkan bola cantik kepada Sadio Mane.
Mane dengan tenang melakukan lob untuk gol keempat Liverpool.
Dalam kedudukan empat kosong, Liverpool terus memburu gol. Hasilnya pada minit ke-54, Diogo Jota melengkapkan hatriknya. Jota menerima hantaran Mane dengan membuat larian awal menewaskan perangkap ofsaid.
47' – Salah ⚽️
49' – Mane ⚽️
54' – Jota ⚽️Electric start to the second half ⚡️ #ATALIV pic.twitter.com/QGANUJfVL9
— Liverpool FC (@LFC) November 3, 2020
Atalanta memiliki beberapa peluang keemasan terutama sekali menerusi Duvan Zapata.
Tetapi Alisson Becker terlalu kental untuk ditewaskan pada malam tadi.
Tamat perlawanan Liverpool membawa pulang 3 mata dengan kemenangan besar 0-5 ke atas Atalanta.
Baca juga perkembangan lain
Alaba ‘Panas’ Dengan Presiden Bayern Yang Memburukkan Imejnya Secara Terbuka