Quique Setien akhirnya membuka mulut tentang hubungannya dengan Lionel Messi. Menurutnya pemain terbaik dunia itu adalah pemain yang sukar dikawal.
Tetapi itu tidak bermaksud bahawa dia tidak boleh bersikap tegas ke atas pemain Argentina itu.
Setien telah meninggalkan Camp Nou sejak Ogos lalu. Bekas jurulatih Real Betis itu dipecat setelah keputusan buruk yang dicatatkan Barcelona ketika menghadapi Bayern Munich di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.
Namun bibit bibit pemecatan itu sudah lama berlaku. Di mana Messi dilihat tidak sehaluan dengan Setien dan staf kejurulatihan beliau.
Setien sendiri menyatakan dia sudah tahu bahawa dia bakal dipecat sebelum kekalahan 2-8 itu lagi.
🗣 Quique Setién: "The 2-8 loss? We ended up being tremendously damaged, that don't suit in Barça's glorious history. After my sacking I found out that the decision had been made since before the 2-8. I heard about everything."
[📃 El PaÃs] pic.twitter.com/40rj5KBSiF
— FCB KOLKATA (@fcbkolkata) November 1, 2020
Kemudian Setien hilang kawalan dan keharmornian di bilik persalinannya.
Perkara yang paling jelas adalah ketika Barcelona bertemu Celta Vigo dalam aksi La Liga musim lalu. Messi seolah-olah mengabaikan arahan yang diberikan oleh pembantu Setien, Eder Sarabia, ketika tengah tengah perlawanan.
Messi tidak suka dengan Sarabia yang menurutnya kurang ajar dan suka menggunakan bahawa kasar ke atas pemain.
Malah Messi pernah meminta Barcelona mencari jurulatih yang lebih bagus daripada Sarabia.
Setelah beberapa bulan dipecat, Setien akhirnya berbicara tentang apa yang berlaku di sebalik tabir kelab.
Messi selaku kapten pasukan meminta Setien untuk menghormati rakan sepasukannya yang mempunyai rekod prestasi yang baik dalam dunia bola sepak.
Setien kemudian menjawab: “Jika kamu tidak menyukai apa yang saya katakan, pintu keluar ada.”
“Semasa mendengar pernyataan ini, Messi tidak mengeluarkan sebarang respon selain tersenyum.”
Laporan ini menguatkan tanggapan bahawa Messi adalah pemain yang sukar dikawal. Seperti yang dikatakan oleh Setien ketika dia bertemu Vicente Del Bosque di El Pais sebelum ini.
“Messi sukar dikawal, tapi siapa saya untuk mengubahnya? Dia sangat pendiam, tapi dia membuat kamu melakukan perkara yang dia inginkan.”
Ex-Barca boss Setien: Messi ‘difficult’ to coach https://t.co/W7bk0QQgOa
— Hindianews (@hindianews) November 2, 2020
“Dia tidak banyak bercakap, tapi dia hanya memerhatikan,” katanya.
Setien: Messi GOAT
Namun hal itu tidak membuatkan Setien menolak hakikat bahawa Messi memang yang terbaik. Setien malah menganggap Messi sebagai yang terbaik sepanjang zaman ataupun GOAT.
Bagi Setien, Messi berhak dianggap terbaik di dunia kerana apa yang dia lakukan dan sangat konsisten.
“Saya rasa Messi adalah yang terbaik sepanjang zaman,” kata Setien kepada El Pais.
“Ada banyak pemain hebat lain yang hebat, tetapi kesinambungan yang dimiliki pemain ini selama bertahun-tahun tidak dimiliki oleh sesiapa pun,” jelasnya.
Setien: "I think Messi is the best of all time" but he's "difficult to manage."https://t.co/vS33Azuq4F
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) November 1, 2020
Quique Setien kemudian menyatakan kekesalan terbesarnya di Barcelona adalah kerana tidak membuat keputusan berdasarkan kepentingan bersama, sebaliknya dia membuat keputusan kepentingan pemain tertentu.
Setien hanya mengendalikan Barcelona dalam 25 perlawanan dengan rekod 16 kemenangan, 4 seri dan 4 kekalahan.
Baca juga perkembangan lain
Bekas Pengadil: “Messi Patut Dapat Kad Merah Kerana Mengugut Pengadil”
Solskjaer Ulangi Rekod Moyes Pada Penampilan Ke-100, Arsenal Akhiri Badi Yang Lama