Bayern Munich hari ini mengumumkan mereka tidak akan meneruskan rundingan kontrak baharu dengan David Alaba.
Ini selepas beberapa kertas cadangan kontrak baharu mereka ditolak oleh pemain tersebut.
Presiden kelab Herbert Hainer menegaskan mereka sudah melepasi tarikh akhir yang mereka tetapkan untuk melanjutkan kontrak Alaba iaitu 31 Oktober yang lalu.
Bayern menafikan mereka menawarkan kontrak dengan kadar gaji rendah kepada pemain kebangsaan Austria itu.
Hainer dalam kenyataannya berkata:
“Kami menawarkannya tawaran yang sangat sangat bagus, kompetitif, dan sangat adil – terutama sekali dalam keadaan sukar pada hari ini.”
“Kami sudah memberitahu ejen Alaba bahawa kami memerlukan kejelasan dalam isu ini dan memuktamadkan perjanjian ini menjelang 31 Oktober untuk posisi yang sangat penting di atas padang.”
“Namun kami langsung tidak mendapat maklum balas.”
“Pengarah Sukan kami Hassan Salihamidzic sudah menghubungi ejen Alaba. Dan dia menyatakan bahawa tawaran kami itu masih tidak cukup memuaskan.”
“Ini bermakna kami terpaksa menarik diri daripada rundingan ini dan tiada tawaran lagi yang akan kami kemukakan,” kata Hainer.
Bekas Presiden Bayern, Uli Hoeness menuduh Alaba sebagai terlalu tamak. Ayah David Alaba, George Alaba menyelar kenyataan itu dan menuduh Hoeness sebagai menyebar pembohohongan yang menjejaskan imej anaknya.
Bayern Munich have withdrawn their contract offer to David Alaba after failing to reach an agreement with the Austria international 👀 pic.twitter.com/buN1NGrdFA
— GOAL (@goal) November 2, 2020
Hoeness kemudian mengecam ejen David Alaba, Pini Zahavi sebagai pirana yang rakus.
Alaba kemudian bersuara dan menafikan dia meminta gaji terlalu tinggi seperti yang digambarkan.
Walaupun masa depan Alaba sudah kelihatan berakhir di Bayern, namun pengurus Hansi Flick menyatakan situasi kontrak Alaba tidak akan mempengaruhi kedudukan pemain itu dalam pasukan utama.
Alaba kerap menjadi bek tengah dalam sistem Hansi Flick. Dan beliau merupakan pemain penting Flick dalam membantu Bayern menjulang treble sekali lagi.
Baca juga perkembangan lain
Bekas Pengadil: “Messi Patut Dapat Kad Merah Kerana Mengugut Pengadil”
Solskjaer Ulangi Rekod Moyes Pada Penampilan Ke-100, Arsenal Akhiri Badi Yang Lama
Roy Keane: “Vieira Tak Akan Jadi Pemain Utama Pasukan United Dahulu”