Barcelona keciciran mata sekali lagi dalam kunjungan mereka ke Alaves dalam aksi La Liga hujung minggu.

Barcelona seri 1-1 dalam aksi tersebut. Luis Rioja menjaringkan gol pembukaan pasukan tuan rumah, Alaves.

Namun mujurlah Antoine Griezmann menyamakan kedudukan untuk mengelak Barcelona pulang dengan tangan kosong.

Terdapat satu insiden di mana Lionel Messi membantah keputusan pengadil dan bertindak agresif.

Bekas pengadil La Liga, Juan Andujar Oliver bercakap mengenai perkara itu.

Dia yakin Messi bernasib baik kerana tidak menerima kad merah untuk aksi tidak profesioanal seperti itu.

“Dia seharusnya dibuang padang, walaupun jika bola tidak terkena pengadil Alejandro Hernandez Hernandez,” kata Andujar Oliver kepada Radio MARCA.

Andujar berpendapat tindakan Messi itu adalah mengugut pengadil di atas padang.

“Dengan tindakan itu, dia ingin menakut-nakutkan pengadil dan ia layak mendapat kad merah,” jelasnya.

Di terowong pula Gerard Pique kemudian ‘menyerang’ pengadil secara verbal.

https://twitter.com/i/status/1323007127527530496

Barcelona kini berada di tangga ke-12 selepas 6 perlawanan. Di mana skuad bimbingan Ronald Koeman menang 2, seri 2 dan kalah 2.

Barcelona akan berdepan dengan Dynamo Kyiv dalam aksi UCL diikuti Real Betis dan aksi perlawanan besar berdepan dengan Atletico Madrid.

Baca juga perkembangan lain

Solskjaer Ulangi Rekod Moyes Pada Penampilan Ke-100, Arsenal Akhiri Badi Yang Lama

Roy Keane: “Vieira Tak Akan Jadi Pemain Utama Pasukan United Dahulu”

Bartomeu Letak Jawatan Selepas 6 Tahun