Pasukan kebangsaan UAE dilaporkan hampir pasti akan membawa masuk ketua jurulatih baru yang berasal dari Colombia, Jorge Luis Pinto bagi mempersiapkan pasukan dalam mengejar slot ke Piala Dunia 2022 serta Piala Asia 2023.

Berita mengenai perkara itu telah didedahkan oleh Erem News awal pagi tadi, dimana rundingan sudah masuk ke fasa akhir dan bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Artikel itu juga, Jorge Luis Pinto menyebut bahawa pihak UAE FA sebenarnya sudah lama menghubungi beliau untuk melakukan rundingan ketika dia masih memegang jawatan ketua jurulatih pasukan Honduras pada 2017.

jorge-luis-pinto-afanador
Gambar ketika Jorge Luis Pinto mengendalikan pasukan Costa Rica di Piala Dunia 2014.

Jorge Luis Pinto boleh dikatakan berpengalaman luas dan pernah membawa pasukan Costa Rica di Piala Dunia 2014, Brazil dimana Costa Rica muncul sebagai juara kumpulan D yang terdiri dari England, Italy dan Uruguay.

Dalam edisi itu, Jorge Luis Pinto berjaya membawa Costa Rica sehingga ke peringkat suku akhir sebelum tumpas kepada Belanda 3-4 melalui penentuan sepakan penalti.

Jurulatih yang pernah dinobatkan sebagai jurulatih terbaik CONCACAF pada 2014 itu, bakal berdepan Malaysia dalam perlawanan kompetitif pertamanya pada 8 Oktober 2020 ditempat sendiri sebelum berdepan Indonesia pada 13 Oktober 2020.

1-185-1200×675

UAE kini berada ditempat ke-4 kumpulan G, ketinggalan 5 mata kepada Vietnam sebagai pendahulu kumpulan walaupun mempunyai baki 4 perlawanan.

Tugas berat menanti UAE apabila mereka tewas 2 kali kepada Thailand dan Vietnam ditempat lawan dan jika keciciran mata mereka bakal terlepas peluang layak ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2022.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Digelar Sebagai ‘Bacot’ Oleh Pemain Bali United, Reaksi Balas Tenang Safee Sali Bukti ‘Profesionalisme’ Tertinggi

Park Hang-seo Kongsi Kisah Bagaimana Guus Hiddink Terapkan ‘Kekuatan’ Untuk Skuad Piala Dunia 2002 Korea Selatan

Skuad FIFA Ranking 96 Dunia Uji Vietnam Sebelum Berdepan Malaysia Di Bukit Jalil

Sumber