Skuad Kebangsaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bakal menentang India dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada bulan depan sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan datang.
Pasukan kendalian Bert Van Marwijk itu dijadualkan bertemu Malaysia pada 25 Mac ini namun semua aksi kumpulan G itu telah ditangguhkan pada bulan Jun dan akan berlangsung secara karnival untuk menentukan dua pasukan teratas ke pusingan seterusnya.
Tuan rumah perlawanan itu akan diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 15 Mac ini sama ada di Dubai atau Buriram.
UAE mula buat persiapan awal sejak bulan Januari lalu dan mereka akan mengadakan kem latihan pusat kedua mulai 23 Mac dan kemudian bertemu India untuk aksi persahabatan pada 29 Mac 2021.
UAE line up India friendly ahead of 2022 World Cup qualifiers | @_JMcAuley #2022WCQhttps://t.co/Uqu713x1CT
— The National Sport (@NatSportUAE) February 28, 2021
India yang berada dalam kumpulan E kelayakan Piala Dunia 2022 turut berkampung di Dubai mulai 15 Mac dan mereka akan menentang Oman pada 25 Mac sebelum bertemu UAE. Ini perlawanan antarabangsa pertama India sejak bulan November 2019.
“Kami sedang buat persiapan rapi untuk menghadapi Malaysia. Saya beritahu pemain saya, perlawanan itu wajib menang.
“Kami bekerja untuk dua sisi, pertama meningkatkan kefahaman pemain dan membiasakan diri dengan corak permainan dan kedua bermain dengan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan terutamanya perlawanan pertama kelayakan,” kata Ketua jurulatih UAE, Van Marwijk.
Berdasarkan kedudukan semasa, UAE ketinggalan 5 mata di belakang pendahulu kumpulan, Vietnam dan mereka mempunyai baki satu lagi perlawanan. Jika gagal raih 3 mata berharga, peluang mereka untuk mara ke pusingan ketiga akan tertutup.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Datuk Rajagobal Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai Ketua Jurulatih Brunei