Pemain pertahanan Thailand, Theerathon Bunmathan kembali mencuri tumpuan apabila beliau menjaringkan gol dalam perlawanan AFC Champions League (ACL) 2020.
Theerathon menjaringkan satu gol ketika Yokohama F Marinos menewaskan Jeonbuk Hyundai Motors dengan keputusan 4-1 sekaligus layak ke peringkat 16 pasukan terakhir.
HIGHLIGHTS | @prompt_fmarinos 🇯🇵 4-1 Jeonbuk Hyundai Motors 🇰🇷
🎥 Marinos put on a footballing clinic to seal their place in the #ACL Round of 16 for the first time!
📰 #YFMvJEO Match Report: https://t.co/DFzSHphzER#ACL2020 pic.twitter.com/NZX6v7sVsn
— #ACL (@TheAFCCL) December 1, 2020
Selain menjaringkan gol untuk Yokohama di pentas ACL, sebelum ini Theerathon juga berjaya melakukan perkara sama ketika beraksi bersama Buriram United dan Muangthong United.
Gol yang dijaringkan oleh pemain berusia 30 tahun itu kebanyakannya dari situasi bola mati, sama ada sepakan percuma atau sepakan sudut. Pihak ACL menerusi laman media sosial Twitter mereka telah berkongsi jaringan yang dihasilkan oleh Theerathon.
🎯 Watch ALL of Theerathon's stunning #ACL goals from 2013 to 2020 👀#ACL2020 pic.twitter.com/1SbCyfHN3T
— #ACL (@TheAFCCL) December 2, 2020
Theerathon Bunmathan sememangnya dianggap sebagai salah satu pemain terbaik dari rantau Asia Tenggara yang beraksi di peringkat tertinggi seperti saingan J. League dan AFC Champions League.
Sebelum beraksi bersama Yokohama, Theerathon pernah beraksi bersama Vissel Kobe secara pinjaman dari Muangthong pada 2018 lalu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Yusri Che Lah Terima Tawaran Bimbing Skuad Pelapis Ala Harimau Muda
Diogo Luis Santo Sarung Jersi Bernombor 7 Bersama BG Pathum United
Media Sepanyol Ini Dedahkan Kelab Dari Malaysia Buru Khidmat Diego Rolan