Ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha mengakui tiga mata yang diperolehi anak buahnya pada pertemuan menentang PJ City malam tadi bukannya sesuatu yang mudah memandangkan lawan tersebut berjaya menghadirkan tentangan sengit di separuh masa kedua.
Namun, beliau lega perubahan taktikal yang dilakukannya dengan membawa masuk beberapa pemain pertahanan seperti Ryuji Utomo membuahkan hasil bagi menyerap asakan lawan pada 20 minit terakhir permainan.
“Biarpun bermula dengan baik apabila berjaya mendapatkan jaringan pertama dan selepas 20 minit waktu permainan, kami mula buka ruang kepada PJ City.”
“Mereka berjaya mendapatkan beberapa peluang dalam situasi sepakan percuma dan penjuru, kami bernasib baik berjaya mendapatkan jaringan kedua sebelum babak pertama berakhir yang membuatkan kami mampu harungi di babak kedua.”
“Kami ada peluang mendapatkan meraih gol ketiga tetapi tidak melakukannya dan lawan berjaya mendapatkan satu gol berpunca daripada kesilapan kami.”
“Selepas itu, saya membuat beberapa pertukaran dengan fokus di bahagian pertahanan kerana lawan semakin memberikan tekanan, saya rasa ini membantu pasukan mencapai keputusan ini.”
“Bagi saya, pemain tidak perlu rasa gementar sebegini kerana mungkin mereka juga melihat persembahan serta keputusan pasukan lain memandangkan semua orang mahukan meraih sebaik yang boleh dalam kedudukan liga sama ada di tempat kedua hingga keenam, peluang masih terbuka,” tambah Tomas Trucha lagi.
Casagrande meledak jaringan gol peribadi yang ke-11 pada musim ini pada minit k-5 sebelum Sheriddin Boboev menambah gol kedua pada penghujung babak pertama berakhir.
P. Rajes merapatkan jurang buat PJ City pada minit 64 namun itu belum cukup menghalang Penang meraih kemenangan ke-11 di pentas Liga Super pada musim ini.
Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.
Nafuzi Zain: Kami Tidak Sepatutnya Kalah, Dihukum Kerana Silap Sendiri
Merchandise Rasmi Harimau Malaya Kini Boleh Didapati Di Al-Ikhsan Sports
Suara Peminat: Safiq Rahim Dan Safee Sali Tidak Lagi Relevan Bersama Skuad Kebangsaan