Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menjelaskan anak buahnya sudah melakukan yang termampu untuk cuba meraih tiga mata pada pertemuan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.
Pengendali berusia 40 tahun itu bagaimanapun menganggap pasukannya telah dihampakan dengan ketumpulan penyudah di samping pihak lawan lebih bijak mengambil peluang yang terhidang.
Jaringan tunggal Paulo Josue pada minit ke-29 selepas beliau dengan mudah menolak masuk bola susulan percubaan awal daripada J. Partiban yang berjaya ditepis keluar penjaga gol, Mohd Suhaimi Hussin sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan ketujuh buat KL City sekali gus turut mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di gelanggang sendiri, musim ini.
“Kami datang sini dengan harapan memburu tiga mata dan kita gagal, sememangnya dari kedudukan saya sedar pasukan di bawah kita seperti Penang, Selangor sedang mengejar namun kita kalah dalam dua perlawanan terdekat iaitu kepada Kedah dan Kuala Lumpur.”
“Saya faham harapan penyokong yang hendak kami menang, begitu juga dengan pemain serta saya dan barisan pengurusan, cuma keputusan nyata tidak sebelahi kami.”
“Kalau kita tengok cara kita kalah, persembahan yang ditunjukkan pemain tidak sepatutnya kita kalah dalam dua perlawanan lalu cuma lawan bijak ambil kesempatan apabila dapat menyudahkan peluang manakala kita tidak menjaringkan gol semasa ada peluang, itulah bola sepak dan kita dihukum atas silap kita sendiri,” ujar Nafuzi.
Kekalahan kedua berturut-turut yang dialami Terengganu itu juga telah membuka ruang kepada pencabar terdekat, Penang FC untuk menyamai pungutan mata dengan skuad Penyu tetapi berada di tempat keempat ekoran perbezaan jaringan dengan yang menyebelahi skuad kendalian Nafuzi Zain.
Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.
Nafuzi Zain: Kelab Lain Mampu Kacau TFC, Kedah Rebut Tempat Kedua
Merchandise Rasmi Harimau Malaya Kini Boleh Didapati Di Al-Ikhsan Sports
Amaran Ole Kepada Penyerang Lain: “Ronaldo Bukan Dibeli Panaskan Bangku Simpanan”