Sepertimana semua sudah sedia maklum, tiket perlawanan persahabatan diantara Malaysia bertemu Jordan pada 30 Ogos 2019 sudah boleh dibeli secara atas talian pada hari ini melalui laman www.tickethotline.com.my sehingga Khamis jam 11.59 malam.

Namun, ketika ini sudah timbul beberapa isu berkaitan dengan caj yang dikenakan apabila para penyokong mahu membuat pembelian tiket, dimana yuran pemprosesan serta caj lain yang dilihat ‘menyembelih’ penyokong.

Berdasarkan pemerhatian dilaman web tersebut, harga bagi setiap kategori adalah seperti berikut (termasuk semua caj) untuk setiap keping tiket;

Screenshot 2019-08-26 at 4.18.51 PM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui laman sosial Facebook mereka semalam mengumumkan harga tiket bagi perlawanan tersebut adalah seperti dibawah;

harga tiket bola mahal

Selepas dibuat perbandingan, didapati bahawa caj yang dikenakan keatas setiap keping tiket bagi setiap kategori adalah berbeza dari 13.3% sehingga 85.4%!

Untuk tiket Grandstand, harga sekeping tiket adalah RM40 tidak termasuk caj, dan apabila semua caj dikenakan harganya menjadi RM45.32 iaitu 13.3% lebih tinggi dari harga asal.

Screenshot 2019-08-26 at 4.42.22 PM
RM8.99 caj dikenakan untuk 1 keping tiket terbuka dan 1 keping tiket kanak-kanak.

Tiket bagi kategori terbuka pula adalah RM20 dan selepas termasuk semua caj, harga untuk setiap keping tiket kategori terbuka ini melonjak kepada RM24.72, iaitu 23.6% lebih tinggi (RM4.72) dari harga asal.

Paling mengejutkan adalah harga tiket bagi kategori kanak-kanak, dimana harga asal adalah RM5 sekeping. Namun apabila termasuk semua caj yang dikenakan, harga yang perlu dibayar untuk sekeping tiket ini melonjak ke RM9.27 iaitu 85.4% (RM4.27) lebih tinggi dari harga asal!

69944910_2344515235645227_4755846836235796480_o

VocketFC telah menghubungi pihak penyedia platform jualan tiket iaitu TicketHotline, namun menolak untuk memberikan sebarang penjelasan dengan alasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah pengajur dan mereka perlu menjawab segala persoalan mengenai perkara ini.

Reaksi penyokong yang mahu membeli tiket ini awalnya positif, namun selepas melihat harga yang tertera ketika mahu membuat pembelian, mereka merasa ‘tertipu’ serta tidak berpuas hati dengan jumlah caj dikenakan yang disifatkan terlampau tinggi.

Tiket Perlawanan Malaysia Menentang Jordan Mula Dijual Secara Dalam Talian

Jualan Tiket Stadium Bukit Jalil Mengikut Nombor Tempat Duduk Dan 100% Secara Online