Ketua Pegawai Operasi Tiket Hotline, Datuk Zairil Ayu Ibrahim mengingatkan kepada peminat bola sepak tempatan yang bakal menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini untuk mematuhi segala peraturan mengikut pintu masuk yang betul.
Jelasnya, setiap tiket mempunyai barcode yang akan membezakan kategori tiket dan para penyokong perlu memasuki pintu yang sepatutnya bagi memudahkan mereka mencari tempat duduk.
Paling utama, Zairil berharap semua penyokong dapat memberi kerjasama dan tidak membuat sebarang kekecohan apatah lagi ini merupakan perlawanan yang akan menjadi perhatian membabitkan juara Liga Super dan juara Piala FA.
“Memang di setiap tiket ada tertera barcode, barcode ini akan digunakan masa kita nak masuk stadium melalui pintu-pintu dia.
“Barcode ini akan membezakan kemasukan kategori tiket, jadi pastikan tengok pintu mana yang tertulis atas tiket dan jangan masuk salah pintu.
Sementara itu, penjualan tiket secara dalam talian kategori Premium Grandstand berharga RM150 telah habis dijual dalam masa 2 jam sahaja setelah talian dibuka bermula jam 3 pada Rabu.
Bermula Khamis, jualan tiket secara fizikal telah pun mula dijual di Stadium Darul Aman untuk penyokong Kedah manakala penyokong JDT pula di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin bermula jam 10.00 pagi.
Manakala tiket GA 50 yang berharga RM50 dan GA kanak-kanak(RM5) (setakat jam 4.30 petang semalam) masih lagi boleh dibeli melalui dalam talian Shopee.
Baca artikel lain mengenai perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 di sini:
5 Perkara Penting Buat Penyokong Kedah Dan JDT Menjelang Aksi Final Piala Malaysia
Piala Malaysia 2019: Kedah Ada Ramuan Tersendiri Untuk Muncul Sebagai Juara
Renan Alves Dan Rizal Ghazali Sah Tidak Beraksi Di Final Piala Malaysia 2019