Baru-baru syarikat pengedar tiket terkemuka, TicketHotline telah memperkenalkan beberapa ciri baharu yang telah ditambah baik dari segi penjualan tiket secara dalam talian ketika perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Jordan minggu lepas.
Menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang UAE pada hari selasa ini, penyokong bola sepak tempatan kini boleh memilih zon tempat duduk masing-masing di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bagaimanapun, nombor tempat duduk masih lagi diberikan secara rawak. Ia bermakna pembelian lebih dari 1 tiket boleh terpisah lebih jauh seperti sebelum ini.
Malah, tickethotline juga turut menetapkan kawasan tempat duduk tiket terbuka di Gate B iaitu Section 306, 307, 308, 309, 310 dan 311 adalah dikhaskan untuk dibeli oleh kumpulan penyokong Ultras Malaya. Ini memudahkan pihak Ultras memilih zon tempat duduk mereka di stadium tanpa menggangu dan diganggu oleh penyokong lain.
Justeru itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menasihatkan kepada para penyokong agar tidak tersalah memilih tempat duduk terutamanya kepada mereka yang hadir bersama anak kecil dan ahli keluarga masing-masing.
“Untuk itu, penyokong-penyokong lain terutama yang datang bersama wanita atau kanak-kanak diharap tidak tersalah pilih ‘Seat Section’ yang dinyatakan di atas ketika membuat pembelian secara online di www.tickethotline.com.my.
“Bagi tiket tempat duduk terbuka, para penyokong digalakkan untuk memenuhkan kawasan Gate C terlebih dahulu dan jika kawasan berkenaan sudah penuh, mereka boleh juga memilih kawasan di Gate B, namun di ‘Seat Section’ selain daripada Section 306, 307, 308, 309, 310 dan 311 yang dikhaskan kepada Ultras Malaya itu,” kata kenyataan daripada FAM.
Saksikan video ringkas bagaimana pembelian tiket perlawanan secara dalam talian dilakukan untuk memudahkan anda faham.
@tickethotline perkenalkan ciri pemilihan zon tempat duduk dan juga 'Zon Ultras' bagi memudahkan pembelian tiket Malaysia bertemu UAE secara online.#VocketFC pic.twitter.com/c9qo6NsTw9
— VOCKET FC (@vocketfc) September 6, 2019
FAM juga berharap panduan ini dapat mengelak permasalahan untuk pemegang tiket duduk di Section yang sepatutnya seperti yang tertera di e-tiket mereka pada hari perlawanan nanti.
“Kerjasama daripada semua penyokong diharap dapat melancarkan lagi pergerakan masuk anda semua ke stadium,” tambahnya.
Sudahkah anda mendapatkan tiket perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Malaysia menentang UAE pada hari selasa ini? Klik pautan artikel dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.
Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu UAE Sudah Mula Dijual Secara Online Hari Ini