Pasukan Perak hampir pasti untuk dikendalikan oleh ketua jurulatih baharu musim hadapan dimana tiga jurulatih menjadi calon untuk menguruskan pasukan yang kini sedang beraksi dalam saingan Liga Premier itu.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, tiga jurulatih yang dimaksudkan ialah Tan Cheng Hoe, Datuk K.Rajagobal dan B.Satianathan dimana ketiga-tiga jurulatih kini ketika ini tidak terikat dengan mana-mana pasukan.

Sebelum ini, beredar gambar di laman media sosial yang menunjukkan Tan Cheng Hoe berjumpa dengan pengurusan pasukan Perak namun sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi dari kedua pihak mengenai perkara ini.

Datuk K.Rajagobal sebelum ini menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan Brunei namun beliau mencapai kata sepakat dengan Persatuan Bola Sepak Brunei (FABD) untuk menamatkan kontraknya pada Januari awal tahun ini.

Menurut laporan Aseanfootball.org, ianya keputusan yang sukar dibuat oleh FABD kerana Rajagobal telah berkhidmat dengan cemerlang sejak Februari tahun lalu.

Selain itu, situasi wabak pandemik COVID-19 telah memberi kesukaran kepada kedua-dua pihak untuk merancang perlawanan persahabatan di peringkat antarabangsa sehingga gagal menyertai Piala AFF.

“Dalam mengiktiraf sumbangannya, FABD melahirkan rasa terima kasih di atas perkhidmatannya yang singkat tetapi memberi impak dan sedih melihatnya pergi dalam keadaan yang tidak tepat pada masanya,” tulis kenyataan rasmi.

B.Satianathan pula sebelum ini dilantik sebagai pengendali Sarawak United namun bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan itu terpaksa mengundurkan diri ekoran masalah kesihatan yang dialami pada pertengahan musim 2022.

Musim hadapan, Perak bakal beraksi dalam saingan Liga Super dimana Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menggunakan format baharu bagi saingan divisyen pertama saingan liga bola sepak Malaysia itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

TRW Kelantan Catat Keuntungan Buat Kali Pertama Sejak Diambil Alih Oleh Zamsaham

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Tarik Perhatian Media Antarabangsa

RASMI: JDT Umum Hector Bidoglio Sebagai Ketua Jurulatih Baharu