Ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe tidak menghadiri sidang media sejurus perlawanan diantara Vietnam dan Malaysia tamat apabila keputusan berpihak kepada tuan rumah 1-0 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi semalam.
Penolong ketua jurulatih, S.Balachandran yang menggantikan Tan Cheng Hoe dalam sidang media tersebut menjelaskan beliau tidak dapat memberikan sebab khusus mengapa ketua jurulatih Malaysia tidak dapat menyertai acara tersebut.
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan sebab mengapa coach Tan tidak berada disini.
Dikatakan juga oleh beberapa pemerhati, Tan Cheng Hoe kelihatan tidak berpuas hati dengan prestasi dan kualiti pengadil yang mengendalikan perlawanan Vietnam bertemu Malaysia sehinggakan Mooud Bonyadifard terpaksa mengeluarkan arahan supaya bertenang dan kembali berada dibangku simpanan.
Rata-rata para penyokong juga turut menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai pengadil perlawanan kerana beberapa keputusan yang dibuat dalam perlawanan tersebut kelihatan seolah-olah tidak adil dan lebih menyebelahi pasukan Vietnam berbanding Malaysia.
Baca artikel lain mengenai perlawanan semalam yang mungkin anda terlepas pandang.
Jaringan Quang Hai Musnahkan Harapan Malaysia Kutip Tiga Mata Penuh