Penaja jersi Chelsea, Three telah menggantung tajaan bernilai £40 juta semusim mereka. Ini selepas Roman Abramovich dikenakan tindakan sekatan oleh kerajaan UK.
Three- syarikat telekomunikasi – telah mengesahkan perkara tersebut.
Aset Roman Abramovich di UK telah dibekukan termasuk kelab bola sepak, Chelsea FC, yang merupakan aset terbesarnya di negara tersebut.
Ianya berikutan kaitan pemilik Chelsea tersebut dengan presiden Rusia, Vladimir Putin.
Vladimir Putin telah mengarahkan tentera pada skala penuh menyerang Ukraine sejak beberapa minggu lalu. UK melabel Rusia sebagai penceroboh dan penindas.
Three sudah mengemukakan permohoan rasmi kepada kelab Chelsea. Dan logo Three akan diturunkan daripada papan iklan digital di Stamford Bridge serta merta sehingga notis baharu diberitahu kelak.
Dalam aksi berdepan dengan Norwich, Chelsea masih memakai jersi dengan logo Three. Syarikat tersebut menjadi penaja jersi Chelsea sejak musim 2020/21.
Nizar Kinsella menyatakan perkara itu berlaku mungkin kerana kekangan masa untuk Chelsea mencari jersi khas untuk perlawanan ini.
Chelsea are still wearing the Three logo on their shirts despite being asked not to by the sponsor. I guess it is simply that there was no time to sort any new kit. Announcement was just over an hour ago. #CFC #NORCHE
— Nizaar Kinsella (@NizaarKinsella) March 10, 2022
Sebelum sepak mula terdapat laporan menyatakan bahawa kitman Chelsea cuba mencari jersi kosong di Sport Direct.
Telecommunications company Three has asked Chelsea to remove their branding from their shirts immediately, having now suspended their sponsorship deal with the club. There’s a kit man in Norwich now heading down to Sports Direct to buy 20 plain blue football tops.
— Matt Lawton (@Lawton_Times) March 10, 2022
Ketika ini Chelsea dibenarkan beroperasi sebagai kelab bola sepak menggunakan lesen khas diberikan kerajaan.
Jurucakap Three berkata: “Dengan pengumuman sekatan kerajaan baru baru ini, kami sudah memohon kepada Chelsea untuk menggantung sementara kerjasama dengan kelab, ini termasuk menanggalkan logo jenama kami daripada jersi dan juga daripada perkarangan stadium sehingga notis baharu diberitahu.”
“Kami tahu keputusan ini akan memberikan impak kepada ramai penyokong Chelsea yang menyokong kelab mereka dengan penuh semangat. Namun begitu, kami merasakan bahawa keadaan semasa serta sekatan oleh kerajaan, maka ini adalah langkah yang tepat.”
“Sebagai syarikat telekomunkasi, cara terbaik untuk kami menyatakan sokongan keada Ukraine adalah dengan memastikan pelarian tiba di UK dari wilayah bergolak.”
“Dan cuba memastikan pelanggan kami di Ukraine terus dapat berhubung dengan orang ramai, dalam apa jua keadaan.”
“Selain itu, kami menawarkan pakej khas kepada semua rakyat Ukraine yang tiba di UK dan juga mereka yang berada di Ukraine.”
We’re continuing to look at ways to help Ukraine and its people. As a mobile network, the best way we can support is to ensure those arriving in the UK from the conflict, and customers currently in Ukraine, can stay connected to the people who matter to them 🇺🇦
— Three UK (@ThreeUK) March 10, 2022
Selepas Three, sebuah lagi syarikat yang menaja jersi latihan Chelsea, Hyundai menegaskan bahawa mereka kini sedang membincangkan perkara tersebut.
Hyundai berkata: “Hyundai telah menjadi salah satu rakan kongsi terkuat dalam bola sepak sejak bertahun tahun lamanya, dan syarikat kami menyokong sukan untuk tujuan yang bermanfaat. Kami ketika ini sedang menilai semula situasi kami dengan kelab Chelsea.”
Baca juga artikel
TERKINI: Kerajaan UK Bekukan Chelsea, Dilarang Jual Tiket, Beli Pemain Atau Berikan Kontrak Baharu
Abramovich Mahu Jual Chelsea Yang Berhutang £2 Billion Dengannya