Roman Abramovich dilaporkan telah meletakkan Chelsea untuk dijual kepada potensi pembeli. Abramovich sudah menghubungi beberapa billionaire yang mungkin berminat mahu menjadi pemilik baharu pasukan Chelsea.

Abramovich akhirnya sedia untuk melepaskan Chelsea yang dibelinya pada 2003. Ini selepas situasi tidak menentu melibatkan dirinya di kelab tersebut.

Abramovich

Beberapa hari lalu, beberapa ahli Parlimen di UK mendesak agar Roman Abramovich disingkirkan dari UK dan pemilikannya di Chelsea dilucutkan.

Ini selepas Abramovich dikaitkan sebagai penyokong kuat kepada Vladimir Putin.

Buat masa ini billionaire dari Switzerland iaitu Hansjorg Wyss antara yang mendakawa dia dipelawa untuk membida Chelsea.

Wyss memberitahu akhbar Blick di Switzerland: “Abramovich berusaha untuk menjual kesemua villa dia dia England. Dia juga mahu menjual Chelsea secepat mungkin.”

“Saya dan 3 lagi individu telah dipelawa pada Selasa untuk membeli Chelsea dari Abramovich. Saya kena tunggu lima hari lagi sekarang ini.”

“Permintaan harga oleh Abramovich sangat melampau. Kelab tersebut berhutang dengan dia [Abramovich] secara peribadi £2 billion. Namun Chelsea ketika ini tiada duit.”

“Saya tidak berseorangan dalam hal ini. Saya akan bersama sama dengan 6 hingga 7 pelabur bersama dengan saya.”

“Buat masa ini, kami masih tak tahu apakah tanda harga sebenar kelab tersebut.”

Sebelum ini Abramovich mengeluarkan kenyataan bahawa Chelsea diuruskan oleh Yayasan Chelsea buat sementara waktu ini. Ianya selepas tekanan yang diterima Abramovich gara gara serangan Rusia ke atas Ukraine.

Sejak dibeli oleh Roman Abramovich, Chelsea telah berubah daripada kelab pertengahan kepada kelab yang sangat digeruni. Mereka merupakan kelab England paling banyak memenangi piala pada dekad yang lalu.

Ketika pemilikan Roman Abramovich, Chelsea menjuarai kesemua piala di peringkat kelab. Ini termasuk, EPL, UCL dan baru baru ini, Piala Dunia Kelab.