Roman Abramovich membuat kenyataan mengejutkan pada Sabtu dengan mengumumkan bahawa dia telah menyerahkan urusan menjaga dan menguruskan kelab kepada yayasan amanah kebajikan kelab.
Ianya gara gara ancaman daripada beberapa ahli politik Britain yang mahu mengharamkan Abramovich daripada tinggal di UK dan memiliki kelab bola sepak.
Dengan pengumuman terbaru itu, Abramovich tidak akan terlibat dalam isu isu pengurusan kelab buat sementara waktu. Namun tiada perubahan di dalam organisasi pasukan dan kepemilikan.
Abramovich, 55, kini memiliki kekayaan sekitar £10 billion, membeli Chelsea pada 2003 dari Ken Bates. Dia dikaitkan sebagai antara individu yang menyokong Vladimir Putin.
Ahli Parlimen dari Parti Buruh Britain menggesa agar Roman Abromovich dilucutkan haknya sebagai pemilik pasukan Chelsea dan dilarang untuk berada di England secara tetap.
Chris Bryant mahu Parlimen halau Abramovich
Dalam sesi pembentangan hujahnya di Parlimen, MP Chris Bryant menunjukkan dokumen bocor tentang penglibatan Roman Abramovich secara langsung menjadi penyokong kuat Putin bersama sama dengan 35 lagi taikun perniagaan Rusia.
Dokumen itu dibocorkan oleh ketua pembangkang Rusia iaitu Alexei Navalny yang menganggap mereka sebagai puak kleptokrasi dan penyokong kuat Vladimir Putin.
Roman Abramovich sudah menafikan tuduhan tersebut. Namun pihak Parti Buruh di Britain menggesa agar Parlimen melarang Abramovich daripada tinggal di Britain.
Chris Bryant menyatakan bahawa, dokumen dokumen yang ada seharusnya membuatkan Parlimen tidak berlengah lagi untuk terus melarang Abramovich berada di negara tersebut termasuk melucutkan haknya sebagai pemilik pasukan Chelsea.
Bryant mempersoalkan, kenapa tiada tindakan diambil ke atas Roman Abramovich walaupun dokumen itu sudah beredar sejak 2019 lagi.
Bryant yang merupakan ahli Parlimen Rhonda dan bekas Menteri, berkata: “Saya ada memegang dokumen yang tertiris dari 2019 dari Home Office yang berkaitan dengan Encik Abramovich – Dia adalah sebahagian daripada unit HMG milik Rusia yang menyusun strategi mensasarkan kegiatan kewangan terlarang dan aktiviti jahat. Abramovich kekal berminat dengan HMG kerana hubungannya dengan negara Rusia dan kaitannya dengan pertubuhan awam yang korup.”
“Sebagai contoh, ini adalah Abramovich mengakui di prosiding mahkamah bahawa dia membayar untuk pengaruh politik.”
“Selain itu, HMG memfokuskan kepada untuk memastikan individu yang tersabit dengan aktiviti wang kotor dan aktiviti jahat yang tida boleh tinggal di UK, akan menggunakan beberapa kaedah relevan termasuk kuasa imigresen untuk mengatasi perkara ini.”
“Ini hampir 3 tahun yang lalu, dan masih lagi, sangat sedikit tindakan yang kita ambil berkaitan perkara ini.”
“Sudah tentu Mr Abramovich, sepatutnya dia tidak boleh memiliki kelab bola sepak di negara ini lag. Pastinya kita harus menyita beberapa asetnya termasuk rumah bernilai £152 juta, dan memastikan orang yang memegang visa Tier 1 seperti ini tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jahat.”
“Surely Mr Abramovich should no longer be able to own a football club in this country.”
Labour’s Chris Bryant calls on the government to seize assets of Chelsea owner Roman Abramovich over his reported links to Vladimir Putin. pic.twitter.com/UhmlQ0hvl5
— Channel 4 News (@Channel4News) February 24, 2022
Abramovich umum serahkan kelab kepada yayasan
Ramai juga peminat Chelsea yang gelisah kalau kenyataan Abramovich ini membawa kepada penjualan kelab tersebut. Kerana Roman Abramovich merupakan pemilik kelab yang disayangi peminat.
Syarikat Induk Chelsea iaity Fordstam Ltd kini berhutang dengan Abrahmovich secara peribadi sebanyak £1.5bn.
Namun Daily Mail yakin bahawa Abramovich akan terus kekal menjadi pemilik kelab dan pengumuman tersebut lebih kepada simbolik berbanding dengan isu teknikal.
Dalam kenyataannya menerusi laman rasmi Chelsea, Roman Abramovich berkata: “Dalam tempoh 20 tahun pemilikan saya di Chelsea FC, saya sentiasa menilai peranan saya sebagai penjaga kelab ini, di mana tugasnya adalah untuk memastikan kita berjaya seperti yang kita ada hari ini, dan pada masa yang sama membina masa depan, termasuk memainkan peranan positif dalam komuniti.”
Statement from Club Owner Roman Abramovich.
— Chelsea FC (@ChelseaFC) February 26, 2022
“Saya sentiasa mengambil keputusan yang terbaik untuk jiwa kelab ini. Saya kekal komited dengan nilai nilai ini. Oleh sebab itulah hari ini saya memberikan amanah kepada Yayasan Kebajikan Chelsea untuk menjaga dan menguruskan Chelsea FC.”
“Saya percaya, mereka adalah yang berada di kedudukan terbaik untuk menjaga kelab, pemain, staf dan penyokong.”
Abramovich mahu menjaga imej Chelsea daripada dikaitkan dengan Rusia yang ketika ini sedang menyerang Ukraine. Abramovich turut menafikan dia merupakan penyokong kuat Putin dalam perang.
Roman Abramovich handing over Chelsea's management to the Chelsea's trustee does not mean that he ceases being Chelsea owner. Director Marina Granovskaia and Petr Cech will take care of every club aspect.
Abramovich wants to 'protect' Chelsea's image.#TheGamePlan pic.twitter.com/3jL2MjZVpB
— Carol Radull (@CarolRadull) February 27, 2022
Malah anak perempuannya turut mengecam tindakan Putin.
Sofia Abramovich, the daughter of Chelsea owner Roman Abramovich, has hit out at the actions of Vladimir Putin.https://t.co/hgVYQNLWWb pic.twitter.com/qNO0xJ1qjK
— The Mirror (@DailyMirror) February 25, 2022